Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia. Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan sejarah Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 6 yang bertajuk Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia.
Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
Tema/ Tajuk : 11.1 Bab 6 Tingkatan 5 (Merujuk tema 11.1 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 6)
Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :-
- Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
- Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
- Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.
Soalan :
Pembentukan Malaysia menjadi asas kewujudan negara yang aman dan merdeka. Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Malaysia pada hari ini.
Peringatan ; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format | Aspek | Perincian | Markah penuh |
Pengenalan | Memahami latar belakang pembentukan Malaysia | 1. Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembentukan Malaysia. |
5 markah |
Isi dan Huraian | Memahami proses pembentukan Malaysia | 2. Memahami proses pembentukan Malaysia.
a) Jelaskan cadangan-cadangan awal pembentukan Malaysia. (10 M) b) Jelaskan faktor-faktor pembentukan Malaysia.(20 M) |
30 markah |
Menganalisis kesan pembentukan Malaysia. |
3. Kesan pembentukan Malaysia terhadap ekonomi, politik, dan sosial. Jelaskan kesan pembentukan Malaysia terhadap ekonomi, politik, dan sosial |
15 markah |
|
Mengaplikasikan pembentukan Malaysia kepada generasi masa depan. |
4. Kepentingan pembentukan Malaysia kepada masa depan generasi hari ini. Mengapakah anda patut berbangga menjadi warganegara Malaysia? |
15 markah |
|
Menilai kejayaan pembentukan Malaysia. |
5. Kejayaan Malaysia pada hari ini. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pembentukan Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran Malaysia pada hari ini. |
10 markah |
|
Mencipta/ menjana idea dalam menghadapi cabaran pada abad ke-21 |
6. Cabaran Malaysia menuju abad ke-21. a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 ini. (5 M) b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5 M) |
10 markah |
|
Menghayati nilai-nilai murni/ ikhtibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia. |
7. Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar/patriotisme daripada pembentukan Malaysia. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/ patriotisme yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia. |
10 markah |
|
Kesimpulan | Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan |
8. Rumusan Pengetahuan yang diperolehi Iktibar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang |
5 markah |
Peraturan pemarkahan Tingkatan 5 Bab 6
Soalan : Pembentukan Malaysia menjadi asas kewujudan negara yang aman dan merdeka. Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Malaysia pada hari ini.
Soalan Isi dan Huraian Markah
1 Latar belakang Pembentukan Malaysia ( 8x1m=Maksimum 5) : 5 Markah
- F1 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- F2 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
- F3 Negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu
- F4 Singapura di luar Persekutuan Tanah Melayu
- F5 Sarawak dan Sabah Tanah Jajahan Mahkota
- F6 Ura-ura pembentukan Malaysia
- F7 Reaksi pembentukan Malaysia
- F8 Cabaran pembentukan Malaysia
2 Memahami proses pembentukan Malaysia (30 Markah)
a) Cadangan awal Pembentukan Malaysia. (14x1m=Maksimum 10) : 10 Markah
- F1 1887 cadangan Lord Brassey gabungkan NNM, NNS, Sabah dan Sarawak.
- F2 1948 cadangan Sir Malcolm MacDonald gabungkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
- F3 1956 Dato’ Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia.
- F4 Menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
- F5 1955 Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan supaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
- F6 1959 Lee Kuan Yew mencadangkan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
- F7 Tunku Abd Rahman tidak bersetuju.
- F8 Kerana berlaku ketidakseimbangan penduduk.
- F9 27 Mei 1961 Tunku Abd Rahman bersetuju dengan Gagasan Malaysia.
- F10 Pembentukan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh.
- F11 Disegani di rantau ini.
- F12 Kerjasama dalam bidang ekonomi.
- F13 Kerjasama dalam bidang sosial.
- F14 Perlukan kerjasama antara British dan rakyat tempatan.
b) Jelaskan faktor-faktor pembentukan Malaysia. (20 Markah)
Faktor politik (43x1m=Maksimum 20)
- F1 Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung dengan Malaysia.
- F2 Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis memenangi pilihanraya Hong Lim April 1961.
- F3 Kebangkitan Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew.
- F4 Perkembangan ini membimbangkan kerajaan British.
- F5 Perkembangan ini menggugat rancangan Kerajaan British.
- F6 British mahu memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
- F7 Lee Kuan Yew menganggap Barisan Sosialis sebagai gerakan berhaluan kiri.
- F8 Ancaman komunis membawa kepada pembentukan Malaysia.
- F9 Lee Kuan Yew menggunakan alasan ini mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
- F10 Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman membanteras Parti Komunis Malaya
- F11 Ancaman komunis wujud di Sarawak.
- F12 Diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO).
- F13 CCO bermatlamat menjadikan Sarawak negara komunis.
- F14 masalah ini mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.
- F15 Penyertaan Singapura, Sarawak, Sabah menjadi benteng menghadapi ancaman komunis.
- F16 Pembentukan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
- F17 Sarawak, Sabah, Brunai belum berkerajaan sendiri.
- F18 Penyertaan negeri-negeri ini menjamin kemerdekaan lebih awal.
- F19 Mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
- F20 Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negara-negara kecil.
- F21 1960 Perhimpunan Agung PBB menimbulkan usul kemerdekaan tanah jajahan.
- F22 Pembentukan Malaysia memberikan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
- F23 Pembentukan Malaysia dapat menghalang pengaruh komunis di Singapura.
- F24 Pembentukan Malaysia menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah-wilayah Borneo.
- F25 British mengambil langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal
- F26 Terutamanya pangkalannya di Singapura.
Faktor ekonomi
- F27 Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas
- F28 Menggalakkan pelaburan.
- F29 Menggalakkan perkembangan industri pertanian.
- F30 Kerjasama serantau dalam ekonomi
- F31 Dapat memanfaatkan keistimewaan negeri-negeri ini.
- F32 Dapat memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
- F33 Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah.
- F34 Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak.
- F35 Brunei kaya dengan sumber minyak.
Faktor sosial
- F36 Mengimbangkan jumlah kaum dalam kalangan negeri anggota.
- F37 Mengimbangkan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota.
- F38 Bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri anggota.
- F39 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.
- F40 Selari dengan dasar dekolonisasi British.
- F41 Memperlihatkan kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
- F42 Memperlihatkan semangat setiakawan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
- F43 Memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.
3. Kesan pembentukan Malaysia (15 Markah)
Politik (23x1m=Maksimum 15)
- F1 Menghalang kejayaan Barisan Sosialis di Singapura
- F2 Menjamin kestabilan politik Singapura
- F3 Membantu Singapura merdeka
- F4 Mengekalkan kuasa politik Lee Kuan Yew
- F5 Melemahkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu
- F6 Melemahkan Clandestine Communist Organization (CCO) di Sarawak
- F7 Menghalang pengaruh komunis di Singapura, Sarawak dan Tanah Melayu
- F8 Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura
- F9 Membantu menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik
- F10 Menerima usul Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memerdekakan tanah jajahan
- F11 Menjamin kestabilan politik Asia Tenggara
- F12 Kepentingan ekonomi British terjamin
Ekonomi
- F13 Kewujudan pasaran
- F14 Menggalakkan pelaburan
- F15 Perkembangan industri pertanian
- F16 Kewujudan kerjasama serantau dalam ekonomi
- F17 Memanfaatkan keistimewaan sumber di negeri-negeri gabungan
Sosial
- F18 Menjamin keharmonian negara
- F19 Mengimbangi jumlah kaum
- F20 Menyegerakan pencapaian kemerdekaan
- F21 Memajukan negeri-negeri gabungan
- F22 Menunjukkan kesepakatan
- F23 Menunjukkan semangat setia kawan
4. Sebab berbangga menjadi warganegara Malaysia (17x1m=Maksimum 15 Markah)
- F1 Perpaduan rakyat
- F2 Kestabilan politik
- F3 Kemakmuran ekonomi
- F4 Kemajuan komunikasi
- F5 Kemajuan sistem perhubungan
- F6 Hub Halal
- F7 Kemajuan sektor pelancongan
- F8 Keamanan negara
- F9 Kehidupan harmoni
- F10 Menaikkan taraf hidup
- F11 Pendidikan percuma
- F12 Tahap pendidikan tinggi
- F13 Pemimpin berwibawa
- F14 Kepelbagaian budaya
- F15 Kemajuan bidang sukan
- F16 Hubungan serantau
- F17 Hubungan antarabangsa [mana-mana jawapan yang munasabah]
5. Pembentukan Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran negara (11x1m=Maksimum 10) : 10 Markah
- F1 Hubungan antarabangsa/diplomatik
- F2 Pembinaan koridor raya multimedia
- F3 Pakatan murni
- F4 Perpaduan kaum
- F5 Kerjasama kaum
- F6 Penyatuan wilayah
- F7 Perkembangan ekonomi
- F8 Pendidikan bertaraf dunia
- F9 Keselamatan serantau
- F10 Model negara Islam
- F11 Toleransi kaum [mana-mana jawapan yang munasabah]
6 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia menuju pada abad ke-21 (10 Markah)
a) Cabaran (11x1m=Maksimum 5) : 5 Markah
- F1 Konfrantasi Indonesia
- F2 Peristiwa rusuhan kaum 1969
- F3 Perpaduan antara kaum
- F4 Pemisahan Singapura
- F5 Masalah inflasi
- F6 Pendatang tanpa izin
- F7 Perebutan Pulau Batu Putih
- F8 Pergolakan politik dalam negara
- F9 Persaingan minyak kelapa sawit dan minyak soya
- F10 Pencerobohan Pantai Timur Sabah
- F11 Kejatuhan nilai mata wang [mana-mana jawapan yang munasabah]
b) Langkah-langkah mengatasi cabaran (7x1m=Maksimum 5) : 5 Markah
- F1 Pendidikan kebangsaan
- F2 Kebudayaan kebangsaan
- F3 Pemantapan penggunaan Bahasa Melayu
- F4 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
- F5 Perpaduan kaum
- F6 Kerjasama politik
- F7 Kerjasama ekonomi [mana-mana jawapan yang munasabah]
7. Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia (14x1m=Maksimum 5) : 5 Markah
- F1 Kerjasama
- F2 Perpaduan
- F3 Bertolak ansur
- F4 Berwawasan
- F5 Permuafakatan
- F6 Diplomasi
- F7 Kewibawaan tokoh
- F8 Kedaulatan negara
- F9 Prihatin
- F10 Berkongsi kemakmuran negara
- F11 Sedia menerima perubahan
- F12 Keterbukaan
- F13 Ketelusan
- F14 Sanggup menerima perubahan [ mana-mana yang munasabah ]
8 Rumusan (5 Markah)
- F1 Pengetahuan yang diperolehi
- F2 Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara
- F3 Harapan untuk masa depan ekonomi, sosial dan politik Malaysia yang lebih cemerlang
Selamat menjawab soalan peperiksaan Sejarah Kertas 3 SPM. Moga Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia ini bermanfaat buat semua. Semoga anda berjaya dengan cemerlang. Sumber