Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016

Adakah anda seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ulangan SPM 2016 (SPMU)? Berikut dikongsikan tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016 atau tajuk/ soalan untuk calon persendirian SPMU 2016 bertajuk Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Menerusi makluman rasmi dari KPM, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan  mengeluarkan tajuk soalan Sejarah Kertas 3 SPMU 2016 pada 3 Mei 2016 dan boleh di muat turun sehingga 6 Jun 2016.  

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016.
Sejarah Kertas 3 SPMU 2016.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan 2016 :

  • Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi
  • Calon pelajar boleh memuat turun tema bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016 di LP MOE
  • Contoh skema jawapan boleh dirujuk di Kertas 3

Untuk makluman, tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. 

Nota

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.