Ulasan Cara Mencegah Denggi PT3

Berikut dikongsikan contoh jawapan soalan ulasan Cara Mencegah Denggi PT3 Bahasa Melayu buat panduan pelajar Tingkatan 3.  Peperiksaan PT3 ujian bertulis akan diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2016.

Ulasan Cara Mencegah Denggi PT3
Ulasan Cara Mencegah Denggi PT3

Ulasan Cara Mencegah Denggi PT3

BAHAGIAN C [15 markah]

[junkie-alert style=”yellow”] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat di bawah, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. [/junkie-alert]

[junkie-alert style=”red”]

MENCEGAH DENGGI

·         Setiap hujung minggu

·         Periksa rumah anda

·         Hapus tempat pembiakan Aedes

·         Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air

·         Dapatkan rawatan segera jika anda ada tanda-tanda dijangkiti denggi

[/junkie-alert]

Contoh Jawapan Ulasan Cara Mencegah Denggi PT3

Penyakit denggi merupakan penyakit berbahaya dan boleh membawa maut kepada kita. Periksalah rumah anda pada setiap hujung minggu dan bersihkan kerana persekitaran yang bersih akan mengelakkan kita daripada terkena penyakit berjangkit. Selain itu, hapuskan tempat pembiakan Aedes dengan menukar air dan membersihkan bekas bunga setiap minggu. Di samping itu, gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air agar nyamuk aedes tidak membiak. Dapatkan rawatan segera jika anda ada tanda-tanda dijangkiti denggi untuk melahirkan ahli keluarga yang bebas daripada penyakit. Oleh itu, ambillah pelbagai tindakan untuk menghapus dan mencegah denggi. Sumber

[88 patah perkataan]

“Cegah Aedes, Cegah Denggi” merupakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes. Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes. Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah. Hal ini bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air. Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”. Selain itu, pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Antaranya, kempen “Tiada Aedes, Tiada Denggi” untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes. Oleh itu, semua individu  perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.