Tema 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Apakah tema Hari Guru Tahun 2018? Tahun lepas temanya adalah Tema Guru Pembina Bangsa Negara. Ianya juga merupakan tema yang sama untuk tahun 2016. Tema hari Guru tahun 2018 adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.
Sambutan Hari Guru tahun 2018 adalah edisi ke 47 peringkat kebangsaan. Pelancaran Perayaan Hari Guru tahun 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Berikut dikongsikan maklumat tema termasuk huraian dan maksud serta video lagu Tema Guru Pembina Bangsa Negara.
Senarai Tema Hari Guru
Berikut adalah senarai tema hari guru dari tahun 2000 hingga sekarang :-
Tahun 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2016/ 2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Hari Guru Tahun 2017
Berikut adalah huraian tema Guru Pembina Bangsa Negara :-
Objektif Hari Guru Malaysia
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Sumber : KPM
Lagu Tema Hari Guru 2016/ 2017
Berikut adalah lagu tema hari guru 2016 bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Jom layan video menarik ini.
Selamat menyambut Hari Guru tahun 2018 dengan tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.