Tarikh Mula Berpuasa Ramadhan 2018/ 1439H. Bilakah umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ramadhan untuk tahun 2018/ 1439H? Menurut Kalendar Islam 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM, Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018 Di Malaysia adalah pada hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1439 Hijrah. Iaitu pada 17 Mei 2018. Tarikh berpuasa di bulan Ramadhan ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Ramadhan.
Pengumuman tarikh mula puasa akan diumumkan/ diisytiharkan melalui radio dan TV pada hari Rabu, 16 Mei 2018 sekitar jam 800 malam.
Ramadhan merupakan satu bulan mulia dan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan Ramdhan semua umat Islam adalah diwajibkan berpuasa. Makna puasa dari segi bahasa membawa maksud “Menahan Diri” daripada sesuatu. Dari segi syarak : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulai dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H Di Malaysia (Awal Ramadhan)
Untuk makluman, 1 RAMADHAN 1438H adalah bersamaan dengan 17 Mei 2018 (Khamis). Tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang bakal disiarkan dan diumumkan di saluran media utama Malaysia. Tarikh pengumuman adalah pada hari Jumaat, 16 Mei 2018 sekitar jam 800 malam.
-
Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari Khamis) – 1 Ramadhan 1439H
Tarikh Penting Kalendar Islam 2018
Berikut adalah sedikit maklumat tentang puasa dan tarikh penting dalam Kalendar Islam 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.
- Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 semua negeri di Malaysia klik Buka Puasa/ Imsak
- Niat Puasa Ramadhan
- Cara solat terawih
Syarat Wajib Puasa
- Islam – Puasa wajib bagi orang Islam dan tak wajib bagi bukan Islam
- Baligh – Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa bagi kanak-kanak
- Berakal – Orang gila/tidak waras tidak diwajibkan berpuasa
- Sihat – Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah
- Bermukim – Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan ramadhan
- Suci – Suci daripada haid dan nifas bagi wanita
Syarat Sah Puasa
- Islam
- Berakal dan Mumayyiz (Tahu membezakan antara yang mana najis dan yang mana tidak)
- Suci daripada haid dan nifas
- Apabila nyata masuknya Bulan Ramadhan
Semoga Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2018 ini bermanfaat buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia. Selamat berpuasa Ramadhan buat semua umat Islam.