Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 bertajuk Tamadun Awal Asia Tenggara. Pelajar juga boleh merujuk kepada nota ringkas lain di Tamadun Awal.
Tamadun Awal Asia Tenggara Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3
1. Maksud kerajaan Agraria
- Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
- Kerajaan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan pedalaman seperti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi
- Contoh kerajaan seperti Dvaravati, Taruma, Sailendra, Angkor, Sukhotai dan Funan
2. Ciri-ciri kerajaan Agraria
Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam kerajaan Agraria adalah seperti berikut :-
- Terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
- Menanam padi sawah dan padi huma
- Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
- Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
- Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
- Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
- Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
- Mendapatkan kulit kura-kura
- Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
- Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
- Pembinaan sistem pengairan yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
- Raja terlibat dalam pembinaan pengairan
- Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan
3. Kegiatan ekonomi masyarakat Agraria
- Menanam padi sawah dan padi huma
- Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran
- Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
- Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
- Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
- Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
- Mendapatkan kulit kura-kura
- Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
- Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
4. Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria ( Angkor )
- Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
- Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
- Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
- Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
- Hasil padi dapat menampung keperluan beras
- Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
- Tanah sekitar yang subur
- Iklim panas lembap sepanjang tahun
- Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
- Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap
5. Kepentingan Tasik Tonle Sap
- Membekalkan sumber air minuman
- Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas
- Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur
- Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik
- Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan
- Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor
6. Saling bergantung /melengkapi antara Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim
- Kerajaan Agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim
- Kerajaan Agraria bergantung kepada Kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari China dan India
- Kerajaan Agraria membekalkan beras dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan agraria - Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan agraria
- Kerajaan maritm memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja
- Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir
7. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
- Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
- Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
- Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
- Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan
8. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal
- Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
- Raja berada dipuncak pemerintahan
- Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, Brahmin
- Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
- Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
- Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
- Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
- Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
- Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
- Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
- Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos
9. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian
i. Maksud monumen
- Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting
- Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung
ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
- Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
- Sebagai rumah ibadat
- Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
- Tempat menyimpan patung dewa utama
- Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
- Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur
iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
- Candi Dieng di Jawa Tengah, Indonesia
- Candi Borobudur di Jawa Tengah, Indonesia
- Candi Prambanan di Jawa Tengah, Indonesia
- Candi Angkor Wat di Kemboja
- Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
- Candi Lembah Bujang di Kedah
iv. Patung agama
- Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
- Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Buddha
- Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jahat
- Melambangkan zaman penciptanya
- Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Palava, Pala atau Cola
- Menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara
- Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi, terdapatlah pengaruh Amaravati
- Sekiranya dicipta pada abad kelima Masihi hingga abad ketujuh Masihi, ianya mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
v. Angkor Wat
- Dibina untuk agama Hindu
- Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
- Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
- Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
- Setiap sudut mempunyai menara
- Bahagian luar terdapat tembok
- Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata
vi. Candi Borobudur
- Mewakili agama Buddha
- Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna
- Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
- Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
- Dibina selama 75 tahun
10. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara
- Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
- Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
- Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
- Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
- Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
- Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
Bahasa keagamaan bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan - Mengalami penyesuaian dan berubah ke adalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia, pahala, rupa , sengsara dan huruf
- Berkembang menjadi bahasa ilmu
- Bahasa komunikasi
- Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater
11. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan
- Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
- Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
- Cerita-cerita dalam Epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
- Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa jaya dan Hikayat Sang Samba.
- Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
Semoga nota ringkas Tamadun Awal Asia Tenggara Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar Tingkatan 4 dan juga SPM dalam mengulangkaji pelajaran Sejarah SPM.