Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM. Berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara untuk Kertas 3 Sejarah Tingkatan 5 SPM. Nota ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 dengan tajuk yang sama boleh dirujuk di Nota T5 B1.
Panduan Contoh soalan dan skema jawapan Sejarah Kertas 3 Yang Berkaitan
- Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga perang dunia kedua
- Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara
- Soalan Kertas 3 Bab 1 : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara
- Tema :10.1 Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang dunia Kedua
Soalan
Imperialisme Barat di Asia Tenggara sejak abad ke-16 didorong oleh keinginan untuk mengeksploitasi
ekonomi. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diteladani oleh Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi Negara.
Calon diingatkan untuk menjawab soalan berdasarkan kepada kerangka jawapan di bawah ini.
FORMAT | ASPEK | PERINCIAN | MARKAH PENUH |
Pengenalan | Memahami kehendak tugasan soalan | 1. Pengenalan
Jelaskan imperialism Barat di Asia Tenggara
|
5 markah |
Isi dan Huraian |
Memahami faktor- faktor imperialisme Barat | 2. Faktor-faktor imperialism Barat di Asia Tenggara
Bincangkan faktor-faktor imperialisme Barat Di Asia Tenggara.
|
30 markah |
Menganalisis perubahan sistem politik di Asia Tenggara | 3. Huraikan perubahan sistem politik yang berlaku di Negara-negara berikut:
(a) Fillipina (b) Thailand
|
15 markah |
|
Mengaplikasi matlamat Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara | 4. Langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia memajukan ekonomi Negara. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi Negara.
|
15 markah |
|
Menilai kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi | 5. Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda, sejauh mana kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa?
|
10 markah |
|
Mencipta/menjana idea dalam usaha-usaha menghadapi cabaran pada abad ke-21 bagi menjamin kemajuan ekonomi negara | 6. Cabaran dan langkah menghadapi cabaran pada abad ke-21
(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kemakmuran ekonomi Negara. (5m) (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5m)
|
10 markah |
|
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada perkembangan ekonomi negara | 7. Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara.
Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh dalam usaha memajukan ekonomi Negara di peringkat globalisasi
|
10 markah |
|
Kesimpulan |
Merumuskan secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan. | 8. Rumusan
. Pengetahuan yang diperoleh . Iktibar kepada diri, bangsa dan negara . Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
|
10 markah
|
Cadangan Jawapan Klik Asia Tenggara
Semoga Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara ini boleh dijadikan panduan dalam menjawab Soalan Kertas 3 Sejarah SPM.