Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia. Berikut dikongsikan Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kepada Warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi Polis, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM secara online dengan memohon melalui pendaftaran Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Polis Diraja Malaysia.

Kepada mereka yang telah memohon, anda boleh menyemak status pengambilan jawatan kosong PDRM seperti panduan di Semakan PDRM.

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
pangkat polis diraja malaysia

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

PDRM mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu

  1. Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan
  2. Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM yang dirujuk dari Portal Rasmi PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  1. Inspektor General Polis (IG)
  2. Deputi Inspektor General Polis (DIG)
  3. Komissioner Polis (CP)
  4. Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
  5. Deputi Komisioner Polis (DCP)
  6. Senior  Asisten Komisioner Polis (SAC)
  7. Asisten Komisioner Polis (ACP)
  8. Superintendan Polis (SUPT.)
  9. Deputi Superintendan Polis (DSP)
  10. Asistan Superintendan Polis (ASP)
  11. Inspektor (INSP)
  12. Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis

  1. Sub-Inspektor (SI)
  2. Sarjan Mejar (SM)
  3. Sarjan (SJN)
  4. Koperal (KPL)
  5. Lans Koperal (L/KPL)
  6. Konstabel (KONST)

Senarai Pangkat Dalam Polis DiRaja Malaysia

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Semoga perkongsian Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia ini boleh dijadikan panduan terutama buat mereka yang berminat untuk menjadi seorang Polis.