Semakan Status Halal JAKIM Online Dan SMS

Semakan Status Halal JAKIM Online Dan SMS. Bagaimana cara semak status Halal JAKIM untuk sesuatu barang? Berikut dikongsikan cara membuat semakan status HALAL JAKIM Malaysia secara online dan SMS.

Agama Islam amat menitikberatkan tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami). Oleh itu mari kita sama-sama pastikan makanan yang dimakan adalah Halal.

Semakan status halal JAKIM Online
Semakan status halal JAKIM

Direktori Halal Malaysia

Adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Kewujudan Direktori Halal Malaysia adalah selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kredibiliti halal dengan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai pemantau barangan halal secara tidak langsung selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama JAKIM. Rakyat Malaysia kini memiliki jaringan sistem telekomunikasi yang baik disamping telefon bimbit yang canggih. Ianya memudahkan pengguna untuk membuat semakan secara online atau SMS dengan mudah dan pantas.

Semakan Status Halal JAKIM Online Dan SMS

Dengan kecanggihan teknologi kini, pengguna boleh mengenal pasti barangan Halal melalui Logo Sebenar Halal JAKIM. Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan kaedah berikut samada membuat semakan ataupun aduan :

Semakan Online

  1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
  2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM (SYARIKAT)
  3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM (HOTEL)
  4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM

Pautan Pengguna

Sila klik HALAL untuk mendapatkan maklumat berkaitan Halal dan pautan atas talian untuk pengguna.

Semakan Melalui SMS

Jika ragu-ragu tentang status HALAL produk sesuatu syarikat, pengguna boleh membuat semakan meggunakan telefon bimbit anda:

  • Taip HALAL<jarak> SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat – ROC] dan SMS ke 15888.

Maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.mysms.gov.my.

Semoga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam dalam memilih makanan yang Halal. Ingat, mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam. Selamat membuat semakan status halal JAKIM online dan SMS.