Permohonan UiTM Online Ambilan Sesi 2 2023

Permohonan Kemasukan UiTM Ambilan Sesi 2 2022/2023 Online. Anda berminat untuk memasuki UiTM untuk pengambilan kedua sesi 2022/ 2023? Berita baik buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknolgi MARA (UiTM). Dikongsikan dari makluman Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM Ambilan Ogos 2022 sesi 2022/ 2023 (Kemasukan Mac 2023) kini dibuka.

Permohonan dibuka untuk calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Untuk makluman, selain UiTM terdapat Universiti Awam (UA) yang lain ada membuat pengambilan second intake iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia, UTHM dan UPSI.

Permohonan UiTM Online 2017-2018 Sesi 2 Mac 2018

 

Permohonan UiTM Online Sesi 2 Tahun 2022/2023

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2022/ 2023 Online untuk kemasukan bulan Mac 2023.

Tarikh Penting Permohonan UiTM Pengambilan Sesi 2 2022/ 2023

  • Permohonan kemasukan ke UiTM Ogos 2022 SESI AKADEMIK 2 2022/2023 akan dibuka bermula dari 31 Oktober 2022 (1200 tengahari)
  • Tarikh tutup permohonan UiTM adalah pada 30 November 2022 7 Disember 2022

Syarat Kemasukan UiTM

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM

Program UiTM Yang Ditawarkan Pada Sesi Ambilan 2 2022/2023

Untuk kemasukan Mac 2023, berikut adalah program pengajian yang ditawarkan :-

  1. 164 PROGRAM SARJANA MUDA UNTUK LEPASAN STPM/ SETARAF
  2. PENERAPAN 164 PROGRAM SARJANA MUDA UNTUK LEPASAN UiTM
  3. 2 PROGRAM PROFESIONAL

Cara Membuat Permohonan UiTM Secara Online

Berikut adalah cara dan langkah dalam membuat Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2022-2023 Online :-

  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 31 Oktober di Mohon UiTM
  2. Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://www.selangkah.uitm.edu.my
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 31 Oktober 2022 (jam 12 tengah hari) hingga 7 Disember 2022. Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.

Nota Penting Buat Pemohon

Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-

  1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  5. Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan :-

  1. Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Peringkat Program Yang Ditawarkan Pada Sesi 2 UiTM 2022/2023 )

Berikut adalah maklumat program yang ditawarkan di UiTM untuk sesi ambilan 2 tahun 2022/ 2023 :-

Selamat membuat Permohonan UiTM secara Online untuk second intake Ambilan Mac 2023. Semoga permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA anda berjaya.