Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan. Pasti ada pelajar yang bertanya bagaimana cara untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan. Slip keputusan SPM/ MCE, PMR/ SRP/ LCE yang hilang, rosak, koyak dan sebagainya? Anda tidak perlu risau/ khuatir. Namun salinan pelaporan UPSR dan PT3 tidak dikeluarkan. Pemohon dikehendaki untuk merujuk kepada sekolah untuk urusan mendapatkannya. Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan melalui borang yang boleh di muat turun secara online di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan – Borang Dan Panduan
Berikut dikongsikan panduan dan link muaturn borang permohonan salinan keputusan peperiksaan seperti dikongsikan dari LPM.
- Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan. Klik Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
- Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan salinan keputusan dengan lengkap beserta dengan wang proses.
- Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
- Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang di tandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan
pemohon yang telah disahkan. - Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil, tidak dibenarkan.
- Permohonan melalui pos hendaklah disertakan salinan kad pengenalan pemohon
- Bayaran proses mulai 1 Januari 2015 ialah RM30.00 (Ringgit : Tiga puluh sahaja) bagi setiap salinan terjemahan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.
- Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.
Tempoh Pengeluaran Salinan Penyataan Keputusan Peperiksaan
- Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.
7.1 : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
7.2 : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
7.3 : Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
7.4 : Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
7.5 : Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja - Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
- Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Permohonan Di Kaunter LPM
1. Kaunter urusan LP dibuka pada setiap hari bekerja dan beroperasi di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
- Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi – 4.30 petang
- Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengahari
- 2.45 petang – 4.30 petang
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP
3. Bayaran proses secara tunai diterima di Kaunter Urusan LP. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
4. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
5. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
Pamplet Panduan Permohonan Dalam PDF
Panduan Permohonan mendapatkan salinan keputusan serta panduan permohonan terjemahan salinan keputusan peperiksaan serta pengesahan keputusan peperiksaan boleh dirujuk dalam PDF di LPM.
Semoga panduan Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan kepada mereka yang bercadang untuk mendapatkannya.