Permohonan Matrikulasi 2024/ 2025 Online

Berita baik kepada pelajar SPM 2023 yang berminat untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM. Dikongsikan dari aplikasi permohonan online Matrikulasi, adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Matrikulasi 2024-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk calon lepasan SPM tahun 2023 telah dibuka.

Permohonan Program Matrikulasi di buka bermula dari 15 Disember 2023 sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara online.

Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online

Permohonan Matrikulasi 2024/ 2025 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Permohonan Matrikulasi sesi 2024/ 2025 secara Online :-

Permohonan Melalui Internet

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan Matrikulasi 2024-2025 :-

  • a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP)
  • b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
    • i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
    • ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP
    • iii. No. Pin 5 digit
  • c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
  • d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.
  • e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan
  • f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

Borang Permohonan Online

  • g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024
  • h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.
  • i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.
  • j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2024

Pemohon adalah diingatkan untuk membaca panduan, terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Senarai lokasi Matrikulasi di Malaysia sila klik Kolej Matrikulasi.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM akan dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, KPM dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Panduan Cara Memohon Program Matrikulasi KPM Sesi 2024/ 2025 Online

Berikut disertakan maklumat penting buat pemohon dalam membuat dan mengakses borang permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2024-2025:-

Selamat membuat Permohonan Program Matrikulasi 2024/ 2025 Online yang merupakan salah satu bidang pengajian yang pelajar boleh pilih selepas SPM selain Asasi, Universiti Awam, Politeknik, Diploma, Tingkatan 6 dan banyak lagi.