Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2018 Online. Perhatian buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online pengambilan sesi Januari 2018 akan dibuka pada 10 Oktober 2017. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 20 Disember 2017.
Pemohon yang berminat memasuki KV dan SMT dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM berkaitan maklumat terkini kemasukan. Juga dikongsikan maklumat berikut sebagai rujukan :-
- Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
- Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional
Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online
- Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan kemasukan ke KV dan SMT 2017 secara online akan dibuka bermula dari 10 Oktober sehingga 20 Disember 2017
- Syarat Kelayakan/ Kemasukan KV dan SMT : Klik SYARAT 2017
Program Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai Program yang ditawarkan untuk sesi kemasukan Januari 2018 :
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal
- Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Secara Online
Pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2018 :
Sila klik permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2017
A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
- PT3 : Pentaksiran Pusat
- PS : Pentaksiran Sekolah
- PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Klik PBS untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Institusi dan kursus yang ditawarkan
B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.
- Klik PAV untuk memohon
- Syarat Permohonan
- Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan
C. Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
- Klik SWASTA
Syarat Umum Permohonan
- i. Warganegara
- ii. Tingkatan Tiga Tahun 2017
- iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
- iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Alamat BPTV:
Aras 5 & 6, Blok E14, KOMPLEKS E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 PUTRAJAYA. No. Telefon : Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-8000 8000
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Semakan Keputusan Permohonan KV Dan SMT 2018
Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my mulai (akan dikemaskini) . Tahun lepas pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017. Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai (Akan dikemaskini). Tahun lepas pada 24 Januari sehingga 28 Februari 2017.
Maklumat berkaitan Permohonan KV Dan SMT 2018 Online ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Kepada pelajar PT3 2017 yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk membuat Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online pada tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM.