Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI 2025 Online

Permohonan Kemasukan Ke ILJTM 2025 Online. Berikut dikongsikan panduan dan cara membuat Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI sesi Januari 2025? Dikongsikan dari Facebook ILJTM, pengambilan sesi Januari 2025 ke INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA akan dibuka seperti maklumat permohonan yang disertakan di bawah ini. Permohonan kemasukan meliputi permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI Online

Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI 2025 Online

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM dan SKM yang ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Sijil dan Diploma. Permohonan kemasukan ke JMTI/ ADTEC/ ILP adalah untuk kampus seluruh Malaysia dalam bidang berikut:

  • ♦ Mekanikal
  • ♦ Elektrik
  • ♦ Elektronik
  • ♦ Sivil
  • ♦ Percetakan
  • ♦ ICT

Tawaran kemasukan juga dibuka untuk kursus khas :

  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang di ADTEC Shah Alam (Sesi 2)

Yuran Pengajian

Berikut adalah yuran pengajian di ILJTM untuk pengajian seperti berikut :-

  • Sijil – PERCUMA
  • Diploma – Pinjaman PTPK disediakan
  • Makan & Asrama PERCUMA..
  • Elaun bulanan minima peringkat sijil RM100 disediakan.

Syarat Kemasukan

Syarat minima untuk kursus sijil adalah lulus SPM. Untuk kursus diploma, pemohon perlu memperolehi keputusan SPM 3 kredit atau SKM Tahap 3

Cara Memohon

Permohonan kemasukan ke ILJTM boleh dibuat secara online di :-

  • Klik Sistem Permohonan Kemasukan http://www.jtm.gov.my
  • Permohonan Sesi 1 2025 dibuka bermula 1 Oktober 2024
  • Tarikh tutup permohonan online Sesi 1 2025 adalah pada 15 November 2024

Selamat membuat Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI 2025 Online. Semoga anda berjaya. Sumber FB ILJTM