Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Online

permohonan jawatan ksoong polis
jawatan kosong pdrm

Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Secara Online. Dipetik dari makluman dari Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memakluman yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat membuat Permohonan Jawatan Kosong Polis (PDRM)Polis DiRaja Malaysia secara online, anda boleh memohon melalui pendaftaran secara ‘online’ di (Borang SPA8) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012.

  • Untuk maklumat pengambilan jawatan kosong Polis PDRM terkini, sila rujuk di ruangan komen di bawah ini

Permohonan Jawatan Kosong Polis Online

Cara Buat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia Secara Online

  • Daftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online :-Layari Pendaftaran Pekerjaan SPA8i dan ikut langkah-langkah yang diberi
    Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah  


Rujuk Soalan Lazim SPA Pendaftaran di FAQ 

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat Permohonan Jawatan Kosong Polis :-

  • Pendaftaran permohonan jawatan kosong adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

 

Untuk maklumat jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deskripsi tugas, pemohon boleh klik Di Suruhanjaya Pasukan Polis. Ianya akan memaparkan senarai jawatan sertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.