Permohonan PISMP 2018 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Perhatian buat calon lepasan SPM yang berminat menjadi Guru. Permohonan memasuki IPG – Institut Pendidikan Guru (dahulunya Maktab Perguruan) akan dibuka pada 13 Mac 2018. Permohonan IPG 2018 secara Online adalah untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP.
Cara Buat Permohonan IPG 2018 Online Calon Guru PISMP
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan PISMP 2018 secara online merangkumi perkongsian tarikh buka dan tutup dan applikasi permohonan. Permohonan dibuka untuk lepasan SPM. Syarat kemasukan dan bidang pengkhususan yang ditawarkan akan dikongsikan selepas applikasi permohonan dibuka.
Maklumat Penting Permohonan IPG 2018
Menerusi iklan permohonan IPG di akhbar tempatan, permohanan kemasukan ke PISMP akan dibuka dari 13 Mac 2018 sehingga 28 Mac 2018 (11.59 Malam).
- 13 Mac 2018 : Tarikh Buka
- 28 Mac 2018 : Tarikh Tutup
- Applikasi Permohonan : Klik PISMP Online
- Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk maklumat terkini/ lanjut dan penting permohonan
Syarat Kemasukan IPG
Syarat Dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998
- Sihat tubuh badan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran
Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- i. Bahasa Melayu; dan
- ii. Sejarah.
Lulus Bahasa Inggeris serta memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online). Serta Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Apa Itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?
Program PISMP dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon adalah dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Peringatan Kepada Calon PISMP
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
- Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my. Bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga permohonan ditutup pada 28 Mac 2018, 1159 malam
- Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
- Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak
Cara Hubungi IPG
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760
Kepada lepasan SPM yang berminat, sila rujuk maklumat terkini di Portal KPM dari masa kesemasa. Selamat membuat permohonan IPG 2018 (PISMP) dan semoga anda semua berjaya dalam permohonan ini nanti.