Permohonan ILKBS IKBN, IKTBN Dan AKBG 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke ILKBS (IKBN) 2018 Online. Panduan cara membuat Permohonan ILKBS 2018 untuk kemasukan ke IKBN, IKTBN dan AKBG Sesi Januari 2018. Menurut Sistem Online IKBN, permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) sesi pengambilan Januari 2018 akan dibuka bermula 4 Oktober 2017 sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 November 2017.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran adalah dipelawa untuk memohon secara online. Untuk makluman, ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan ILKBS IKBN, IKTBN Dan AKBG

Permohonan ILKBS IKBN, IKTBN Dan AKBG Januari 2018 Online

Berita baik buat mereka yang ingin melanjutkan pengajian. Individu Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKBN) sesi Januari 2018 melalui permohonan secara online.

Maklumat Penting Permohonan

  • Tarikh Buka : 4 Oktober 2017
  • Tarikh Tutup : 8 November 2017
  • Applikasi Permohonan: Klik Sistem Permohonan
  • Panduan Ringkas Permohonan Kemasukan
  • Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat
  • Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di ILKBS
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  • Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana ILKBS seluruh Malaysia

Syarat Umum Permohonan IKBN

Berikut adalah diantara syarat umum permohonan ke ILKBS Sesi Januari 2017:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  5. Belum berkahwin atau bujang
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
  8. Mereka yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
  9. Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon

Jenis Permohonan

  1. Lepasan SPM
  2. Lepasan SKM/ ST

Program Yang Ditawarkan

  1. Diploma MQA
  2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  3. Persijilan JKKP
  4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILKBS (IKBN) bulan Janurai 2017, pemohon boleh membuat Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat lengkap dan Institut yang menawarkan kursus di SYARAT KEMASUKAN

Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi Januari 2018

Berikut dikongsikan  tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 :-

  1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 4 Oktober sehingga 8 November 2017
  2. Panggilan Temuduga : 15 November sehingga 16 November 2017 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
  3. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 : 29 November 2017
  4. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 29 November hingga 13 Disember 2017
  5. Permohonan rayuan : 29 November hingga 13 Disember 2017
  6. Semakan keputusan rayuan : 20 Disember 2017
  7. Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2018 : 3 Januari 2018

Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) Januari 2018 Online

Semakan permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN) Januari 2017 boleh diketahui dan disemak pada 29 November 2017.

Sila klik laman web http://www.kbs.gov.my atau
http://www.ekbs.gov.my. (Akan dikemaskini jika ada perubahan).

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.

Selamat membuat Permohonan kemasukan ke IKBN (ILKBS) sesi Januari 2018 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.