Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia yang berkaitan tentang Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia
Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
6.1 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia
- Lord Brassey cadangkan Sabah, Sarawak, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat Digabungkan
- Sir Malcolm MacDonald cadangkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
- Dato’ Onn (1956) cadang Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurutnya Britsh akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
- Cadangan daripada pemimpin Singapura seperti Lim Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew. Mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk mengabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
- Tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
- Bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
- Akhirnya Tunku Abdul Rahman setuju dengan gagasan Malaysia
- Umum cadangan gagasan Malaysia di Singapura / Hotel Adelphi
- Menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh.
6.2 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor Politik[/button]
- Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura
- Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP)
- Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura
- Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia
- Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960
- Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
- Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis
- Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri
- Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun
- British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor Ekonomi[/button]
- Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini
- Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor Sosial[/button]
- Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota
- Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah
- Memperlihakan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura
6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
6.3.1 Reaksi Dalam Negeri :
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Persekutuan Tanah Melayu[/button]
- Kebanyakan parti politik menyokong idea ini
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu
- UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Singapura[/button]
- Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
- Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru
- Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall
- Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat
- Referendum di adakan pada 1 Sept 1962
- Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Sarawak dan Sabah[/button]
- Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia
- Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British
- Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri
- Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad
- Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat
- Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
- Sarawak :
- SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu
- Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia
- SUPP terus menentang
- Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA bergabung membentuk Perikatan Sarawak
- Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia
- Mereka juga berusaha menyekat pengaruh SUPP
- Sabah :
- UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan
- Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia
- Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia
- Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak
- Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia
- Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru
- Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah
- Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu
- Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan. Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :
- Ketua Negeri
- Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
- Kerakyatan
- Peruntukan Kewangan
- Sarawak :
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Reaksi Brunei[/button]
- Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
- Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang
- Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei
- PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme
- A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
- A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina
- Melancarkan pemberontakan pada 1962
- Dapat dipatahkan oleh tentera British
- A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap
- Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
6.3.2 Reaksi Negara Luar
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Reaksi Indonesia[/button]
- Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi
- Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme
- Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno
- Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963
- Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
- Antara tindakan Indonesia:
- Menghantar pengintip
- Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
- Menceroboh ruang udara
- Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
- Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
- Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
- Tindak balas Malaysia :
- mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada
- Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
- Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia
- Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri
- Antara tindakan Indonesia:
- Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno
- Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan
- Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Reaksi Filipina[/button]
- Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah
- Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu
- Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck
- Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British
- Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB)
- Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun
- Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British
- Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958
- Pada Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
6.4 Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Malaysia
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Lawatan TAR[/button]
- Ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
- Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)[/button]
- JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens
- Ahli JPPK :
- Tunku Ab Rahman
- Ong Yoke Lin
- Khir Johari (Dari Persekutuan Tanah Melayu)
- Lee Kuan Yew (Singapura)
- Tun Datu Musapa Datu harun (Sabah)
- Peranan JPPK – Menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
- Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
- Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Suruhanjaya Cobbold[/button]
- Keanggotaan 3 org pegawai British iaitu :
- Lord Cobbold
- Sir Anthony Abbel
- Sir David Watherston
- Rakyat tempatan :
- Dato’ Wong Pow Nee
- Tan Sri Ghazali Shafie
- Tujuan :
- Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
- Membuat penilaian dan cadangan kepada British
- Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan
- Laporan Suruhanjaya Cobbold :
- 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
- 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
- 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia
- Antara Cadangan Suruhanjaya Cobbold :
- Perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
- Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
- Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
- Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)[/button]
- Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
- Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia
- JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia
- Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]MAPHILINDO[/button]
- Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan
- Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963
- Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan
- Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]UNMM[/button]
- Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
- Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
6.5 Perjajian Malaysia 1963
- Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
- Peristiwa penting ke arah pembentukan Malaysia :
- Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri-negeri berkenaan dinamai Malaysia
- Akta Malaysia diluluskan oleh Parlimen Britain, Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah
- Diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agung
- Pada 16 September 1963, Malaysia secara rasminya ditubuhkan.
6.5.1 Isi Perjanjian Malaysia 1963
- Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan
- Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
- Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
- Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
- Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen
- Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.