Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia. Perkongsian nota ringkas ini diharap dapat membantu pelajar SPM dalam mengulangkaji pelajaran. Disamping itu ianya dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan menjawab Sejarah Kertas 3 SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia
4.1 Malayan Union
4.1.1 Pengenalan Malayan Union
a) Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
- British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri
b) Melahirkan Pentadbiran yang licin
- British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin
- Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran
c) Menjimatkan kos pentadbiran
- Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran
- Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar
- Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang
d) Membentuk Bangsa Malayan Union
- British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union
- Justeru itu, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut
e) Mengawal kuasa politik orang Melayu
- British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
- Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu
4.1.2 Ciri-Ciri Malayan Union
- Semua negeri NNMB dan NNMTB serta NNS disatukan
- Gabenor British ketuai MU
- Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk
- Singapura diasingkan dpd Malahan Union / pelabuhan bebas
- Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
- Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yg berkuasa bincang hal agama dan adat istiadat Melayu
- Di setiap negeri dilantik seorang Pesuruhjaya Negeri
- Tanah Melayu jadi Tanah Jajahan British / bukan lagi naungan British
4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union
a) Sebab-Sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union
- Membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu. Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union. Contoh, Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah
- Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan majlis Mesyuarat Negeri. Contohnya Sultan Perak
- Sultan menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor
Kuasa Raja-Raja Melayu
- Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union
- Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa
- Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union
- Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam
- Bimbang agama Islam akan tercabar
- Menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
- Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
- Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka
- Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama
b) Golongan yang menyokong Malayan Union
- Orang Dagang dan Golongan Melayu (Radikal)
- Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
- Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu
- Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
- Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
-
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
- Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka
- Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan
-
Angkatan Pemuda Insaf (API)
- Pimpinan Ahmad Boestamam
- Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
- Seorang wartawan
- Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955
- Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
- Barisan Tani Malaya (BATAS)
4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union
Cara-cara orang Melayu menentang Malayan Union
- Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta
- Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu
- Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah
- Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union
- Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London
- 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O )
Kongres Melayu
- Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
- Dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu
- Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 dan 31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
- Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar. Ianya untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William
4.2 Persekutuan Tanah Melayu
4.2.1 Faktor-faktor Pembentukan Pesekutuan Tanah Melayu
Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada semua golongan
- Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union
Sokongan bekas pegawai-pegawai British
- Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi
- Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu
Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British
- Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans
Sikap politik orang Melayu yang sederhana
- Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British
- Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata
UMNO tidak menuntut kemerdekaan
- British memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
- Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union
- Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan
Malayan Union - Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara
Gesaan Piagam Atlantik 1945
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
- PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan
4.2.2 Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
- Jawatankuasa Eksekutif dianggotai oleh 12 orang ahli ditubuhkan
- Terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu
- Mengemukakan 5 tuntutan :
- Raja / UMNO menolak semua prinsip MU / struktur MU
- Mahu sebuah persekutuan
- Menolak kerakyatan terbuka MU / Jus Soli
- Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
- Raja-raja Melayu diakui sebagai ketua Negeri-negeri Melayu
- Kedudukan istimewa Melayu dilindungi
- Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi
- Islam / adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan Melayu
4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
- Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
- Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
- Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
- Syarat kerakyatan diperketatkan
- Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu
- Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang )
- British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
- Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran
4.3 Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah
Pergerakan politik di Sarawak
- Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan. Antaranya termasuklah :
- Beliau telah tua dan uzur
- Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan
- Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak
- Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946
- Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan
Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
- Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak
- Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang
- Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941
- Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka
- Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka
- Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
- Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas
Rosli Dhobi
- Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi
- Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi. Ditikam semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949
- Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.
Pergerakan politik di Sabah
- Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan
- Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana
- Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan
- Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara Malaysia ini bermanfaat buat pelajar. Ianya diharap dapat membantu pelajar dalam memahami Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia.