Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah yang berkaitan tentang Perkembangan Di Eropah yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah
Perkembangan Di Eropah
Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Zaman Gelap Di Eropah[/button]
a) Maksud Zaman Gelap
- Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
- Merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
- Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang :
- Ilmu pengetahuan
- Perdagangan
- Kehidupan perbandaran
b) Ciri-ciri Zaman Gelap
[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Politik[/button]
- Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
- Berlaku huru-hara
- Kemunculan golongan Baron
- Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
- Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
- Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
- Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
- Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
- Pembentukan sistem feudal
- Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja
- Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana
[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Ekonomi[/button]
- Kegiatan ekonomi terhad
- Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
- Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
- Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
- Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
- Perniagaan secara kecil-kecilan
- Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
- Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad
[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Sosial[/button]
- Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
- Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
- Kemerosotan kehidupan perbandaran
- Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
c) Ciri-Ciri Perubahan Zaman Kemuncak Pertengahan
- Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
- Gereja menjadi ejen penyatuan
- Peningkatan aktiviti pertanian
- Kemunculan perdagangan
- Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
- Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
- Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
- Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
- Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
- Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah
d) Persamaan Sistem Feudal di Eropah dengan Ciri-Ciri Feudalisme yang terdapat dalam Masyarakat Melayu Tradisional
- Raja menjadi penaung dalam negara
- Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
- Raja mempunyai pembesar-pembesar
- Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
- Pembesar memberi khidmat kepada raja
- Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Zaman Renaissance[/button]
a) Maksud Renaissance
- Berasal daripada perkataan Itali renisciment yang bermaksud kelahiran semula
- Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam Tamadun Yunani dan Rom
- Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya
b) Tokoh Zaman Renaissance
- Leonardo Da Vinci
- Michelangelo
- Niccolo Machiavelli
- Francesco Petrarch
- Johann Sebastian Bach
- Nicholas Copernicus
- Galilei
- Raphael
c) Faktor Kewujudan Gerakan Renaissance di Itali
- Kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme seperti Francesco Petrarch , Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio
- Semangat inkuari / semangat ingin tahu
- Kemunculan bandar terkenal seperti Venice,Genoa, Florence ,Rom dan Milan sebagai pusat perdagangan antarabangsa
- Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
- Berlaku pertembungan budaya,bahasa dan agama yang menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea-idea baru
- Bandar pelabuhan seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah
- Kemunculan pedagang-pedagang kaya di pelabuhan dan bandar utama di Itali dan mereka menjadi penaung (patron) kepada pelukis , ahli muzik, saintis dan penulis
- Berlakunya persaingan antara bandar-bandar d Itali untuk mendapatkan tokoh seniman dan cendiakiawan
- Paus di Rom menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
- Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar
d) Kesan Perkembangan Zaman Renaissance di Eropah
[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Politik[/button]
- Semangat inkuiri telah menggalakkan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk seni lukis,seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial
- Kemunculan monarki baru
- Wujud kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
- Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
- Kuasa gereja dan golongan bangsawan bertaambah kurang
[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Ekonomi[/button]
- Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
- Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
- Perkembangan sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa
- Mendorong perkembangan dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan
- Kemajuan dalam bidang matematik ,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi
- Penekanan kepada ciri-ciri inkuiri , keobjektifan dan eksperimen
- Perkembangan pelbagai ilmu sains seperti fizik,biologi ,kimia dan perubatan. Sosial
- Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi mereka
- Mendorong kemajuan dalam seni muzik, lukisan dan ukiran
- Melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
- Perubahan masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik , falsafah dan metafizik
- Menekankan tanggungjawab sosial seseoraang dalam masyaarakat
- Melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
- Mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Gerakan Reformation[/button]
a) Maksud Reformation
- Suatu gerakan yang berlaaku di Eropah Barat pada abad ke 16
- Berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru
- Mempunyai kaitan dengan agama Kristian
b) Tokoh Gerakan Reformation
- Martin Luther
- Huldreich Zwingli
- John Calvin
c) Faktor-Faktor Gerakan Reformation
- Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila Gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
- Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
- Menentang gaya hidup penguasa yang tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
- Menentang amalan institusi gereja Katolik yang menjual sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
- Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan cepat dan murah
- Tindakan Martin Luther ,profesor ilmu teologi menentang amalan indulgences
- Luther berpendapat dalam bidang pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
- Kejayaan gerakan ini didorong oleh penyebaran mazhab protestant
d) Kesan Gerakan Reformation
- Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
- Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
- Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
- Kuasa institusi gereja telah dicabar secara terbuka
- Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
- Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
- Raja England (Raja Henry VIII) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Perkembangan Di Eropah dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.