Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara yang berkaitan tentang Islam Di Asia Tenggara yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara
Islam Di Asia Tenggara
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang dari Tanah Arab[/button]
a) Dikemukakan oleh John Crawford
- Islam telah berkembang menerusi aktiviti perdagangan
- Buktinya dari catatan China
- Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy
- Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China
- Mereka berdagang secara berterusan di rantau Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi
- Dalam perjalanan ke China pedagang Arab singgah di pelabuhan
- Terutamanya pelabuhan di Selat Melaka seperti Melaka, Brunei, Perlak, Pasai, Bantam, Ceribon, Makasar dan Patani
- Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China
- Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
- Berkahwin dengan wanita tempatan
- Mereka berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
- Pedagang Islam dan pendakwah memperlihatkan kehidupan nilai Islam yang murni seperti kejujuran / kebersihan dan berhemah tinggi
- Berjaya menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam
- Wujud perkampungan Islam
- Seperti Ta Shih di Sumatera Utara
b) Prof Syed Naquib Menyokong John Crawford
- Menggunakan bukti bahan penulisan dan kesusasteraan
- Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
- Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
- Amalan menghormati tetamu
- Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin
- Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Tanah Arab
- Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai Merah Silu
- Syeikh Said mengislamkan Raja Pattani Phaya Tu Nakpa
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang Dari China[/button]
a) Pendapat Emmanuel Gadinho Eredia
- Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab
- Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang dikalangan peniaga China di Negara China
- Apabila peniaga China Islam berdagang di Asia Tenggara mereka menyebar Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
b) Pendapat S.Q Fatimi
- Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam Canton ke Asia Tenggara
- Pendapat ini diperkukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu
- Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa
- Terdapat unsur seni bina China
- Dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan pagoda di China
- Bahagian perabung atapnya melentik
- Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu / tingkap masjid / jubin lantai / dinding / tangga / kolam air
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang dari India[/button]
a) Teori Sejarawan Belanda Snouk Huegronje
- Islam bertapak di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel
- Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara sudah lama wujud
- Pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji Gujerat merupakan pelabuhan penting
- Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
- Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri kebudayaan India
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Islam Di Asia Tenggara dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.