Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam yang berkaitan tentang Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam
Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
Kerajaan Bani Umaiyah
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Latar Belakang[/button]
- Mengamalkan Sistem Warisan
- Jawatan Ketua Pemerintah Kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun / pemerintahan monarki
- Diasaskan oleh Muawiyah Abu Sufyan
- Selepas penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali untuk mengelakkan perpecahan umat Islam
- Nama kerajaan mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah Abdu Shams
- Terbahagi kepada dua tahap :
- Tahap pertama berpusat di Damsyik
- Pemimpinnya memakai gelaran Khalifah
- Tahap kedua berpusat di Cordova
- Pemimpinnya memakai gelaran Amir
- Tahap pertama berpusat di Damsyik
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pembaharuan Kerajaan Bani Umaiyah dalam Sistem Pentadbiran[/button]
- Sistem Khalifah iaitu pelantikan Khalifah sebagai Ketua Pemerintah
- Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat
- Gabenor dilantik sebagai Ketua Pentadbiran Wilayah
- Sistem urus setia :
- Beberapa pegawai utama dilantik mengumpul rekod, mengurus surat menyurat
- Urusan pentadbiran dibahagi kepada bebarapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan kehakiman
- Sistem Hijabah :
- Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah
- Wujud sistem pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap jawatan yang dibentuk jelas fungsinya
- Empat jabatan ditubuhkan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah
- Sistem Ketenteraan diperkemaskan iaitu penubuhan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) untuk pertahanan Negara
- Penubuhan angkatan tentera darat dan laut
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Sumbangan dalam Bidang Sosial[/button]
- Ilmu pengetahuan semakin maju
- Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
- Lahir ilmuwan seperti :
- Khalil ibn Ahmad
- Sibawayhi
- Al Farazdaq
- Jarir Umar ibn Abi Rabia’h
- Jamil al-Uzri
- Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
- Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan Al-Quran
- Perkembangan ilmu agama
- Taraf kesihatan turut diberi perhatian / pembinaan Hospital pertama di Damsyik
- Pembinaan hospital kusta
- Buku rujukan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
- Perkembangan dalam bidang kimia
- Perkembangan dalam bidang astronomi
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Sumbangan dalam Bidang Perundangan[/button]
- Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan Al- Quran, Sunnah atau Ijmak
- Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak / bebas / tidak cenderung mana mana aliran politik pemerintah
- Hakim mestilah adil dalam penghakiman
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor-Faktor Kejatuhan[/button]
- Rasa tidak puashati Golongan Mawali yang menganggap mereka telah didiskriminasikan
- Mereka tidak diberi jawatan yang layak untuk mereka
- Mereka dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi
- Golongan Mawali menyertai Gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
- Para khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
- Para khalifah mengabaikan ajaran Islam
- Menentang pemilihan Khalifah mengikut Sistem Warisan
- Penentang Golongan Syiah dan Khawarij
Kerajaan Bani Abbasiyah
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah[/button]
- Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid dan Puteranya Al-Makmun
- Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu
- Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab
- Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan
- Khalifah Harun Al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah
- Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap :
- Tahap Pertama iaitu mencatat idea atau percakapan
- Tahap Kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku
- Tahap Ketiga iaitu mengarang
- Penglibatan Golongan Ulama dalam penulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya :
- Imam Malik menyusun buku Al-Muwatta
- Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W
- Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad
- Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal
- Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis
- Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani
- Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan dalam bahasa Arab
- Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya
- Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
- Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah
- Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing
- Perkembangan Ilmu Islam menyebabkan masyarakat Eropah mengalami Zaman Pemulihan Budaya iaitu Renaissance
Kerajaan Turki Uthmaniyah
[button color=”” size=”” type=”outlined” target=”” link=””]Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah kepada Dunia[/button]
- Pembentukan Empayar Islam
- Sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia
- Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam
- Sultan Selim menguasai Makkah (1517), Kerajaan Turki Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat islam
- Suleiman I memperkenal Sistem Perundangan
- Undang-undang dikenali sebagai Kanun Suleiman
- Merangkumi undang-undang mempertahankan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu
- Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam
- Pembentukan jawatan Kadi dan Mufti
- Jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu Ketua Ulama diperkenalkan
- Tugasannya mengeluarkan fatwa
- Koleksi fatwa Sheikh-ul-Islam merupakan sumbangan utama kerajaan Turki Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang dan kekal hingga ke hari ini
- Sektor ekonomi
- Kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan perdagangan antara timur dan barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam
- Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean
- Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul
- Menggalakkan kecemerlangan individu
- Pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu
- Berlaku mobiliti sosial yang luas dalam masyarakat Eropah
[button color=”” size=”” type=”outlined” target=”” link=””]Faktor-Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah[/button]
- Pegangan akidah yang kukuh
- Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam
- Semangat Ghazi iaitu semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran Islam
- Sistem Ketenteraan yang tersusun
- Penggunaan senjata moden seperti meriam besar
- Mempunyai tentera berkuda
- Kumpulan Infantri yang kuat
- Kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan
- Mempunyai armada laut yang kuat
- Mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean
- Keadaan politik tidak stabil di Eropah
- Akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan penyebaran Islam di Eropah
- Kejatuhan Kerajaan Byzantine memberi laluan untuk laluan untuk penyebar Islam
- Institusi gereja tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat
- Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin dan kekurangan wang dalam institusi gereja menyebabkan ramai penganut Kristian memeluk agama Islam
- Dasar politik dan hubungan keagamaan
- Menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi
- Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk Islam
- Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok
- Dasar Sosial Islam
- Menarik minat orang Kristian memeluk Islam
- Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan
- Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya
- Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat
- Golongan sufi menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran menarik ramai orang Kristian memeluk Islam
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.