Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam yang berkaitan tentang Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Mekkah yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam
Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Latar Belakang Keturunan Nabi Muhammad S.A.W[/button]
Keistimewaan Keturunan Rasulullah S.A.W
- Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal contoh Qusai bin Kilab dan Abd. Mutalib menjadi peneraju kepimpinan Makkah sejak Zaman Jahiliah
- Keturunan Nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang Nabi
- Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun sebelum kelahiran Nabi
- Keluarga Nabi Menguasai Makkah , Kaabah dan Telaga Zamzam
- Keluarga Nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam perniagaan
- Datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah pada zaman jahiliah
- Keturunan Nabi dihormati oleh kabilah Arab lain
Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W
- Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
- Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
- Ibunya Aminah binti Wahab
- Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah
- Bapa Baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya
- Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Sa’adiyah
- Sewaktu berusia 6 tahun ibunya meninggal dunia
- Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
- Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
- Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
- Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam
- Kerasulan Baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira
- Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid
Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah
- Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu
- Siddiq (berkata benar)
- Amanah (dipercayai)
- Tabliq (menyampaikan)
- Fatanah (bijaksana)
- Baginda digelar Al-Amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong
- Terkenal sebagai seorang yang amanah
- Mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan
- Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy
- Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia contohnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
- Mengamalkan cara hidup sederhana
- Sentiasa merendah diri contohnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
- Penyayang contohnya sayangkan orang tua dan kanak-kanak
- Bersifat pemaaf contohnya waktu pembukaan kota Mekah 630 Masihi orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan
- Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah contohnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628 Masihi kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam
- Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah contohnya mengasingkan diri di gua Hirak
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Kerasulan Dan Penerimaan Wahyu[/button]
- Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun
- Tarikh menerima wahyu pada 6 Ogos 610 Masihi bersamaan 17 Ramadan
- Menerima wahyu melalui malaikat Jibril
- Wahyu Pertama ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca
- Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
- Wahyu Kedua Al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah
- Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sejagat
- Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang
- Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah
- Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Mekkah dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.