Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun yang berkaitan tentang Peningkatan Tamadun Awal Manusia yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun
Peningkatan Tamadun
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tamadun India[/button]
a) Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik (Peranan pendidikan dalam Tamadun India)
- Mementingkan keagamaan
- Agama Hindu sebagai teras
- Didominasi oleh kaum lelaki
- Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
- Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
- BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
- Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
- Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
- Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
- Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
- Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda
b) Tujuan Pendidikan
- Adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
- Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
- Untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan
- Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
- Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
- Bertujuan mengatasi buta huruf
- Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan. Aspek penekanan dalam pendidikan
- Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
- Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
- Seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi
peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama - Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah
c) Pusat Dagangan dan Pelabuhan di India
- Anga
- Kalinga
- Karusa
d) Pelabuhan Penting di India
- Tamralipti
- Ghantashala
- Kadura
- Broach
- Chual
- Kalyan
- Cambay
e) Hasil Dagangan di India
- Senjata
- Gading gajah
- Emas
- Berlian
- Mutiara
f) Perusahaan di India
- Pengeluaran tekstil
- Kain kapas
- Sutera
- Barang emas
- Mutiara
- Batu permata
g) Sresthin
- Persatuan perdagangan dan perusahaan
- Wujud disetiap bandar
- Contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
- Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja
- Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun
- Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.
h) Cukai di India
- Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
- Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
- Untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
i) Negara yang menjalinkan Hubungan Dagangan dengan India
- Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, Rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggra
- Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu. Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India
- Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
- Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara
- Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
- Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay
- Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit
- Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
- Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan
- Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata wang sebagai medium jual beli. Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput
- Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata
- Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan buah-buahan
- Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
- Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi
- Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tamadun China[/button]
a) Jenis Kegiatan Ekonomi Zaman Dinasti Shang
- Kemajuan dalam pertanian
- Perdagangan dalam negeri dan maritim
- Perusahaan
- Pembentukan persatuan perniagaan
b) Sumbangan Tamadun China dalam Bidang Pertanian
- Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
- Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
- Kereta sorong beroda serta penyisir tanah
- Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
- Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
- Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal
- Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.
c) Kesan Perkembangan Perusahaan Dalam Tamadun China
- Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi
- Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
- Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melaluai Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang
- Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut
- Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri
- Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar
- Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan system perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Peningkatan Tamadun Awal Manusia dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.