Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 bertajuk Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Untuk pelajar Tingkatan 4, nota ringkas ini adalah bab pertama Sejarah Tingkatan 4 SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Sila rujuk Nota Sejarah bertajuk Kemunculan Tamadun Awal Manusia dalam format PDF di bawah ini.
Zaman Prasejarah
1. Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman
- a. Zaman Paleolitik
- b. Zaman Neolitik
- c. Zaman Mesolitik
- d. Zaman Logam
2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi
a. Arkeologi ialah kajian terhadap
- i. Artifak : tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk, tembikar, pisau dll.
- ii. Ekofak : tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan
- iii. Feature ± tinggalan spt struktur bangunan, dan lubang sampahyang tidak dapat diuabah.
3. Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:
- a. Tingkayu
- b. Kota Tampan
- c. Gua Niah
- d. Lenggong
4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik
- a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
- b. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.
- c. Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.
- d. Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.
- e. Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai estetika dan seni
5. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik danmesolitik. Buktinya:
- a. Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar : wujud masyarakat.
- b. Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.
- c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.
- d. Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.
- e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.
- f. Wujud pengkhususan kerja : banyak masa untuk hasilkan artifak.
- g. Berjaya memikirkan cara melebur logam.
- h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan
Nota Ringkas Dalam PDF
[pdf-embedder url=”https://www.mysemakan.com/wp-content/uploads/2017/01/Nota-Sejarah-Tingkatan-4-Bab-1.pdf” title=”Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1″]
Semoga Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Manusia yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua pelajar. Semoga ianya dapat membantu pelajar dalam memahami permulaan subjek Sejarah Tingkatan 4 ini. Selamat mengulangkaji pelajaran.