Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kemerdekaan yang berkaitan tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan PT3.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan
Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum[/button]
- Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.
- Antara masalah untuk mewujudkan perpaduan ialah :
- Masalah kerakyatan
- Masalah bahasa
- Masalah agama
- Masalah pendidikan
- Masalah sosial
- Pendidikan ke Arah Perpaduan Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan pada tahun 1948.
- Bertujuan untuk mengkaji pengenalan sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.
- Jawatankuasa Barnes ditubuhkan pada tahun 1950.
- Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
- Jawatankuasa Fenn-Wu dibentuk untuk mengkaji penglibatan sekolah-sekolah Cina dalam sistem sekolah kebangsaan.
- Ordinan Pelajaran 1952 digubal berdasarkan Laporan Barnes 1951.
- Kaum Cina dan India mengecam perlaksanaan ordinan ini.
- Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan.
- Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti :
- Dato’ Onn bin Jaafar
- Tan Cheng Lock
- E.E.C. Thuraisingham
- Jawatankuasa ini membuat beberapa cadangan :
- Orang Melayu diberi kemudahan menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.
- Orang bukan Melayu diberi hak politik.
- Jawatankuasa juga mendesak kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan dalam perlembagaan dan mengadakan pilihan raya.
- Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk kaum bukan Melayu.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik[/button]
A. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.
- Presidennya yang pertama ialah Dato’Onn bin Jaafar.
- Tujuan penubuhannya:
- Menentang gagasan Malayan Union
- Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.
- Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
B. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
- Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.
- Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.
- Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
- Tujuan penubuhannya :
- Menyatukan orang Cina.
- Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.
- Membantu British menentang PKM.
C. Kongres India Malaya (MIC)
- Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.
- Tujuan penubuhannya adalah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
D. Parti Malaya Merdeka (IMP)
- Ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.
- Tujuan penubuhannya :
- Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.
- Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
- IMP dibubarkan dan Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.
E. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
- Ditubuhkan pada 24 November 1951.
- Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.
- Tujuan penubuhannya :
- Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
- Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri[/button]
Sistem Ahli
- Diperkenalkan tahun1951 bertujuan melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
- Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh pihak British dan Raja-Raja Melayu
- Ia dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955.
- Ciri-Ciri Sistem Ahli :
- Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat
- Anggotanya dikenali sebagai Ahli
- Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
- Ahli-Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
- Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu:
- 5 orang penduduk di Tanah Melayu (3 orang Melayu, 1 orang Cina dan 1 orang India) 4 orang pegawai British
Anggota-Anggota Sistem Ahli
- Dato’ Onn bin Jaafar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
- Dato’ Mahmud bin Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954)
- Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955)
- Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)
- Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951 – 1954) dan Presiden Persatuan Ceylonese Malaya
- Sistem ini adalah seperti Sistem Jemaah Menteri sekarang
- Maksud Kabinet Bayangan :
- Suatu sistem pentadbiran yang berbentuk sebuah kabinet yang dibuat tanpa pilihan raya
- Maksud Majlis Raja-Raja Melayu :
- Satu badan khas yang dianggotai oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan Raja-Raja dan orang Melayu
- Tahun 1955 wakil UMNO Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Timbalan Perdana Menteri) dan wakil MCA Tun H.S. Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
- Kelonggaran syarat Kerakyatan Persekutuan :
- Cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Hubungan antara Kaum 1949
- Cadangkan supaya melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran agar mereka curahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu
- Tujuannya mengelakkan golongan imigran terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya
- Kelonggaran dibuat di peringkat Persekutuan dan Negeri
- Kelonggaran di peringkat Persekutuan :
- Kerakyatan dilonggarkan dengan 3 cara iaitu secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi
- Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
- Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu
- Seseorang warganegara British dan koloninya yang lahir di Neger-Negeri Selat
- Secara Permohonan :
- Seseorang warganegara British dan koloninya yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan
- Secara Naturalisasi :
- Seseorang warganegara British dan koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut
- Kelonggaran di peringkat negeri :
- Dibuat dan dinamakan Kerakyatan Negeri 1951
- Antara Syarat Kerakyatan Negeri 1951 ialah Secara Kuatkuasa Undang-Undang dan Secara Permohonan
- Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
- Orang Asli di Negeri-Negeri Melayu
- Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu
- Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu
- Secara Permohonan :
- Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal
- Kesan Kelonggaran Syarat Kerakyatan :
- Rakyat raja bukan hanya terdiri daripada orang Melayu & orang Asli tetapi juga golongan imigran
- Kerakyatan sesebuah negeri Melayu telah berubah
- Ia menjadi asas penting kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
- Maksud Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
- Seseorang yang boleh menjadi rakyat mengikut undang-undang yang telah diluluskan
- Maksud Secara Permohonan :
- Seseorang perlu mengisi borang khas dan diluluskan oleh kerajaan
- Maksud Naturalisasi :
- Kerakyatan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Pemohon adalah orang yang dianggap telah berjasa kepada Tanah Melayu
- Antara Koloni British :
- Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma
- Tahun 1951 Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan
- Ia sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Negeri
- Dato’ Onn Jaafar dilantik Pegerusi pertama RIDA sanggup berbasikal untuk mengetahui masalah pekebun kecil di luar bandar
- Tujuan penubuhan RIDA :
- Membantu tingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu
- Cara memujuk orang Melayu supaya setuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951
- Nama RIDA kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 1966
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pembentukan Parti Perikatan [/button]
- Ditubuhkan sebagai satu usaha parti-parti pelbagai kaum untuk wujudkan kerjasama politik
- Pemimpin-pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan lahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum
- Dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa
- British sokong kerjasama parti kerana ia wujudkan suasana politik stabil dan menjamin ekonomi Persekutuan Tanah Melayu
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Peringkat Penubuhan Parti Perikatan[/button]
- Peringkat Pertama – Tahun 1952
- Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
- Memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
- Pemimpin utama UMNO dan MCA sambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu
- Peringkat Kedua – Tahun 1954
- Konvensi Nasional diadakan
- Perikatan UMNO-MCA dibentuk
- Kerjasama diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi memenangi pilihan raya negeri
- Peringkat Ketiga – Tahun 1955
- Kemasukan MIC dalam Perikatan
- Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
- Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kesan-Kesan Pembentukan Parti Perikatan[/button]
- Merupakan satu pakatan politik yang murni
- Melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu
- Menjadi senjata berkesan menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu sejak 1948
- Melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya
- Tokoh utama yang berunding mewujudkan persefahaman kaum ialah Dato’ Haji Noah, Tun Tan Cheng Lock, Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pilihan Raya Majlis Bandaran[/button]
- Sebelum merdeka ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk Bandar berkenaan
- Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan tahun 1951
- Tujuannya beri peluang kepada penduduk tempatan jalankan tanggungjawab ke arah berkerajaan sendiri
- Selepas itu Pilihan Raya Majlis bandaran telah diadakan di setiap Bandar seluruh negara Persekutuan Tanah Melayu
- Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown, Pulau Pinang bulan Disember 1951
- Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan
- Kemudiannya Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan bulan Februari 1952
- UMNO dan MCA telah menjalin kerjasama bagi menghadapi pilihan raya tersebut
- Kerjasama membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
- Tokoh terlibat Dato’ Yahya Razak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur dan Tun H.S. Lee iaitu Pengerusi MCA Selangor
- Kerjasama telah meyakinkan penduduk di bandar-bandar lain seluruh Persekutuan Tanah Melayu
- Kesannya kerjasama UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan
- Kejayaan ini mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat
- Berjaya melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954
- Kesan-kesan :
- Menjadi asas kukuh penduduk tempatan memilih pemimpin dan kerajaan selepas merdeka
- Rakyat berpeluang guna hak memilih pemimpin mereka
- Sesuai dengan cara pemerintahan demokrasi yang diamalkan Persekutuan Tanah Melayu
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pilihan Raya Negeri[/button]
- Mula diadakan pada tahun 1954 memberi peluang kepada rakyat untuk tentukan kerajaan
- Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 228 kerusi negeri yang dipertandingkan
- Kemenangan membuktikan orang ramai terima kerjasama antara kaum dalam politik negara
- Konsep kerjasama ini mengukuhkan keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan[/button]
- Tahun 1954 pihak British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai lanjutan ke arah berkerajaan sendiri
- Ia dianggotai pegawai kanan British dan wakil parti politik
- British peruntukkan sebanyak 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
- Ia meliputi 52 buah kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut tiga per lima ahli MPP dipilih melalui pilihan raya
- Bertujuan memohon kerusi pilihan raya yang lebih Tunku Abdul Rahman telah ke London tetapi gagal kerana tidak dipersetujui pihak British
- Pada 27 Julai 1955 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan
- Sebelum pilihan raya diadakan setiap parti politik mengadakan kempen pilihan raya
- Kempen bermula selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955
- Untuk meraih sokongan dalam kempen tersebut Parti Perikatan mengeluarkan manifesto
- Manifesto :
- Satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya dan program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan
- Antara manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama:
- Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
- Mewajibkan pendidikan rendah
- Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
- Menamatkan darurat
- Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan
- Kaum wanita diberikan hak mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya MPP tahun 1955
- Hak mengundi terbuka kepada semua kaum lelaki dan wanita berumur 21 tahun ke atas
- Hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah simbol kedaulatan sebuah negara merdeka seperti Malaysia
- Keputusan Pilihan Raya MPP ini dinantikan oleh orang ramai di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
- Keputusan memihak kepada Parti Perikatan iaitu memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
- Antara faktor kemenangan Parti Perikatan adalah :
- Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya
- Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk mencari penyelesaian masalah politik
- Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara
- Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya
- Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar
- Manifesto pilihan raya yang dapat diterima umum
- Kesan-Kesan :
- Dasar kerjasama kaum dan politik pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa
- Keharmonian dapat dijalin untuk mengelakkan perselisihan atau ketegangan kaum
- Dasar kerjasama Parti Perikatan berikan kejayaan dalam setiap pilihan raya
- Parti Perikatan mengamalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa dalam pengurusan sesebuah negara
- Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang dapat diterima semua pihak
- Sikap hormat menghormati, bertoleransi dan bertimbang rasa patut menjadi amalan dalam kehidupan kita
- Kerjasama kaum merupakan asas penting perpaduan negara
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.