Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat yang berkaitan tentang Pengganas Komunis dan Pengisytiharan Darurat yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan PT3.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat
Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat
- PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya
Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Asal-Usul Fahaman Komunis[/button]
- Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
- Karl Marx yang telah menulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
- Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
- Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
- Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
- Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian
- Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia dan China
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Cara Fahaman Komunis Tersebar Di Tanah Melayu[/button]
- Di Tanah Melayu ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang
- Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan-persatuan, kelas malam dan penerbitan
- Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
- Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana :
- Bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu
- Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
- Komunis menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai matlamat
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Penubuhan Parti Komunis Malaya[/button]
- PKM ditubuhkan pada tahun 1930
- Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
- PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
- Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
- PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
- Pada tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
- Antara kegiatannya :
- Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang
- Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
- PKM melancarkan mogok dan sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British, buktinya :
- Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok dan mengambil alih lombong
- British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
- Kesannya ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China dan pemimpin PKM ditahan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]PKM Semasa Jepun Menguasai Tanah Melayu[/button]
- PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
- Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
- Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
- PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
- British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]PKM Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu[/button]
- Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan dan menyerahkan senjata
- PKM bersetuju bubarkan MPAJA
- Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata dan sembunyikan sebahagiannya
- Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dan menerima satu beg beras
- PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Keganasan Komunis[/button]
- Pada tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
- Persidangan ini menggalakkan parti-parti komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
- Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
- PKM memulakan pemberontakan dan keganasan, antaranya :
- PKM menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah
- Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
- PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan British
- Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British
Langkah Membanteras Ancaman Komunis
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pengisytiharan Darurat[/button]
- Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
- Peristiswa ini menggemparkan British
- Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu
- Tujuannya melindungi kepentingan ekonomi British di TM
- Kesan – British Kuatkuasakan Undang-Undang Darurat 1948
- Undang-Undang ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
- Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]British Mengharamkan PKM dan Parti Yang Berhaluan Kiri[/button]
- PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
- Parti-parti politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti :
- Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
- Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
- Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
- Parti Hizbul Muslimin
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Memperbesarkan Pasukan Keselamatan[/button]
A. Menambah Anggota Polis dan Tentara
- Pasukan polis disusun semula dan diperbesar hingga seramai 70 000 orang
- British membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji
- Tujuannya menghapuskan ancaman komunis di TM
B. Menubuhkan Pasukan Home Guard
- Ditubuhkan di peringkat kampung
- Tujuannya membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan
- Anggota terdiri daripada kaum lelaki dan wanita
- Kesan Menubuhkan Pasukan Home Guard :
- Meniupkan semangat yang berkobar-kobar untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
- Sultan Selangor memberi kata-kata semangat kepada pasukan ini
- Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan dan keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
- Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil
- Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Rancangan Briggs[/button]
- Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
- Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
- Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
- Digelar ‘kampung baru’
- Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
- Tujuannya menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis
- Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di Tanah Melayu apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
- Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan dan ubat kepada pengganas komunis
- Anggota Min Yuen :
- Pekerja lombong
- Peladang
Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
- Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu
- Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip
- Ia dipagari dengan kawat berduri dan dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
- Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
- Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
- Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubat
- Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
- MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina dan menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
- Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru
Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru
A. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
- Tujuannya mencegah bekalan makanan, ubat dan maklumat sampai ke tangan komunis
- Tanpa barang-barang keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
- Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis
B. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
- Tujuannya mengawal pergerakan penduduk
- Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan dan diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis
Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
- Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan Parti Komunis Malaya
- Sokongan terhadap Parti Komunis Malaya semakin merosot
- Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, Parti Komunis Malaya mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
- Parti Komunis Malaya berundur ke selatan Thailand
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Perang Saraf[/button]
- Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran rakyat”
- Pada tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
- Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
- Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Kempen dan Langkah yang dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf[/button]
A. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
- Dilaksanakan dengan jayanya
- Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
- Penduduk membakar patung-patung komunis
B. Mengedar Risalah Menentang Komunis
- Risalah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu
- Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
- Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis untuk mempertahankan tanah air
C. Konsep “Kawasan Hitam” dan “Kawasan Putih”
- Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung
- Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi
- Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
- Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan
- Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954
D. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
- Tujuannya menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
- Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Tanah Melayu
- Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat
E. British Menaikkan Jumlah Ganjaran Menentang Gerila Komunis
- Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap dan memberi maklumat berkaitan komunis, contoh :
- Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
- Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak dan nama sebenarnya Ong Boon Hua
- Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
- Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura
F. Peranan Sultan dan Menteri Besar
- Sultan dan menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah-langkah kerajaan menentang komunis, contoh :
- Sultan Pahang – sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis dan orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
- Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
- Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di Tanah Melayu
- Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas
G. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
- Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
- Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pengampunan Beramai-Ramai[/button]
- Tujuannya menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
- Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
- Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
- Poster ditampal di serata tempat
- Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pertemuan Baling[/button]
- Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera dan menamatkan darurat
- Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
- Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
- Pada 28 dan 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
- Rundingan ini diwakili oleh :
- Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock
- Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin
- Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri
- Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
- Hasilnya pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
- Alasan Tunku Abdul Rahman :
- Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
- Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM berubah fikiran
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan lagi
- Apabila Tanah Melayu merdeka pengaruh komunis semakin merosot
- Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat
Kesan Darurat
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kesan Politik[/button]
A. Undang-Undang Darurat 1948
- Diperkenalkan kerana kekejaman dan keganasan komunis
- Tujuannya membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis dan juga gerakan Min Yuen
B. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
- Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
- Tujuannya menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis
C. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
- Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu
- Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
- Tujuan British adalah supaya PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka
D. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
- Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
- Kesan :
- Orang Cina mula memberi kerjasama dan membantu kerajaan membanteras komunis
- Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kesan Ekonomi[/button]
A. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
- Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian
B. Kemusnahan Kemudahan Asas
- Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam
C. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
- Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
- Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja
D. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
- Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
- Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
- Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat
E. Pembangunan Luar Bandar Terabai
- Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis dan darurat
- Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kesan Sosial[/button]
A. Kecederaan dan Kematian
- Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban
- Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah :
- Seramai 21 231 orang awam dan tentera cedera serta terbunuh
- Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban
B. Penduduk Hidup Sengsara dan Menderita
- Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
- Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu
- Antaranya :
- Penduduk sukar bergerak
- Sukar mendapat bekalan makanan
- Terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan kerajaan
- Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
- Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
- Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi dan keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun
C. Masalah Hubungan Kaum
- Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
- Pada tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
- Tujuannya mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
D. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
- Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri
- Tujuannya memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
- Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Komunis dan Darurat yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.