Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union yang berkaitan tentang Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union
Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu
- Malayan Union (MU) diperkenalkan tahun 1946
- Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
- Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu dan menghapusklan ketuanan Melayu
- Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya dan adat istiadat
- Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Tanah Melayu Selepas Kejatuhan Jepun[/button]
- Jepun kalah tahun 1945
- Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
- PKM banyak melakukan keganasan
- Tanah Melayu menjadi huru-hara
- Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
- BMA merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Keganasan 14 Hari[/button]
- Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
- Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
- Kekosongan politik – Suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
- PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
- Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
- Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
- MPAJA telah menguasai bandar, daerah-daerah penting, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan
- MPAJA juga menjalankan :
- Undang-Undang sendiri seperti menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
- Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
- Antara keganasan MPAJA :
- Menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
- Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
- Merampas harta benda orang kampung
- Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
- Contoh / Peristiwa keganasan :
- Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
- Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
- Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid dan surau
- Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah-rumah yang berpenghuni di waktu malam
- Kesan keganasan :
- Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
- Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
- Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu :
- Contohnya di Batu Pahat dan Muar – Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
- Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
- Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pentadbiran Tentera British[/button]
- Merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
- Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone
- Tujuan PTB melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
- Antara kejayaan PTB :
- Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
- Memujuk PKM dan MPAJA serah senjata
- Kawal dan hentikan pergaduhan kaum
- Wujudkan keamanan dan tegakkan undang-undang
- Kesan :
- Berjaya mengamankan Tanah Melayu
- British perkenalkan Malayan Union
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Malayan Union (MU)[/button]
- Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
- Gabenor pertama adalah Sir Edward Gent
- MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
- Malayan Union merupakan :
- Usaha British mengukuhkan pengaruh politik dan ekonominya di Tanah Melayu
- Penjajahan secara mutlak oleh British
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tujuan Penubuhan Malayan Union[/button]
- Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
- Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB dan NNMTB
- Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
- Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
- Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
- Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
- Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
- Membentuk satu bangsa Malayan Union
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ciri-Ciri Malayan Union[/button]
- MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
- Negeri naungan – Negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
- Tanah Jajahan Mahkota – Negeri yang diperintah oleh British secara langsung berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
- MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
- Ciri-ciri utama :
- NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
- Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
- Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
- Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
- Raja-raja menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
- Parlimen British menjadi pemutus undang-undang MU
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Bentuk Pentadbiran Malayan Union[/button]
- Parlimen British – Pemutus undang2 MU
- Gabenor MU – Dilantik Raja England
- Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu)
- Pesuruhjaya Negeri – Sebagai ketua pentadbir setiap negeri
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union[/button]
Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas) ada yang menyokong dan ada yang menentang :
a) Golongan Yang Menyokong Malayan Union :
- Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal dan golongan imigran
- Antara golongan radikal Melayu :
- PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
- PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh dan Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
- API – Angkatan Pemuda Insaf
- AWAS – Angkatan Wanita Sedar
- BATAS – Barisan Tani Malaya
- Alasan sokongan :
- MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
- Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
- Menyokong kerakyatan terbuka
- Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
- Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
- Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu :
- MDU (Malayan Democratic Union) – Parti politik yang berpusat di Singapura dan ahlinya terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
- AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – Merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
- Alasan sokongan :
- MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
- MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU
b) Golongan Yang Menentang Malayan Union :
- Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu
- Sebab-Sebab Penentangan :
- Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu, hilang takhta dan maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
- Tamadun Orang Melayu terhakis – Sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar dan orang Melayu akan hilang tanah air
- Kerakyatan yang terlalu liberal – Jus soli mengancam status quo orang Melayu dan jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
- Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam Raja-Raja Melayu – Turun takhta dan tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Cara Penentangan Terhadap Malayan Union[/button]
i. Secara Individu
- Peranan Dato’ Onn Jaafar
- Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
- Tujuan – Menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
- Raja-Raja Melayu membantah MU dengan menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
- Kesan – Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran Raja-Raja Melayu supaya berganding bahu menentang MU
- Sokongan – Tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi
- Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London
ii. Melalui Akhbar
- Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara
- Akhbar Majlis – Akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
- Utusan Melayu – Pada 12 Oktober 1945 menyeru Raja-Raja Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
- Warta Negara – Pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU
iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai)
Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan-persatuan Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 dan mengadakan rapat umum
- Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
- Contoh demonstrasi :
- Di Alor Setar – Seramai 50 000 orang
- Di Kota Bharu – Seramai 10 000 orang
- Di Johor Bharu – Orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar
- Tujuan demonstrasi :
- Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan Raja-Raja Melayu
- Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri
- Contoh slogan yang digunakan :
- “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
- “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
- Contoh demonstrasi :
- Menubuhkan Persatua-Persatuan Melayu
- Banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
- Tujuan – Menentang Mu secara berorganisasi
- Contoh – Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
- Persatuan-persatuan menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
- Mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
- Contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang
- Menubuhkan Kongres Melayu 1946
- Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
- Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
- Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah dan menderma sebanyak $500
- Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
- Hasil kongres – Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
- Mendapat sambutan hebat
- Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
- Tampil berucap – Wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
- Kata-kata – “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar” menjadi pendorong dan penguat semangat perjuangan
- Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
- Tujuan – Membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
- Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
- Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
- Memutuskan 3 perkara penting :
- Meminta Raja-Raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
- Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran , MU memulaukan pelantikan itu
- Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok
- Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
- Mengadakan rapat umum
- Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
- Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang MU
- Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar dan George Town
- Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MUdan Sir Harold MacMichael
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Peranan Kaum Wanita Dalam Menentang Pelaksanaan Malayan Union[/button]
- Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
- Contoh / Peristiwa :
- Halimahton Majid – Pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
- Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan Kaum Lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
- Cikgu Zahara Abdullah – Berucap menentang MU di Batu Pahat
- Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
- Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Penubuhan UMNO[/button]
- Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
- Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
- Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar
- Tujuan Penubuhan UMNO :
- Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
- Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
- Contoh perubahan :
- Tahun 1946
- Menentang Malayan Union
- Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
- Mewujudkan satu organisasi nasional
- Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu
- Memajukan pendidikan orang Melayu
- Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
- Tahun 1949
- Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik dan pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
- Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
- Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas (berkaitan ekonomi)
- Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
- Mula menuntut kemerdekaan
- Tahun 1946
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Perjuangan Tokoh UMNO[/button]
- Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949
i. Dato’ Onn Jaafar (1946-1951)
- Yang Dipertua UMNO pertama
- Merupakan pengasas UMNO
- Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar dan England
- Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor dan wartawan yang terkenal
- Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
- Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
- Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
- Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
- Sumbangan terbesar – Menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya menumbangkan MU
- Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
- Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
- Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
- Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan
ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)
- Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
- Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
- Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak dan Inner Temple, England
- Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – Tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
- Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953
iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
- Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan
- Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
- Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
- Beliau menjadi peguam yang bertauliah
- Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955
iv. Zainal Abidin bin Ahmad @ Zaaba (1895-1973)
- Dianggap seorang intelektual Melayu
- Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
- Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
- Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
- Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Perjuangan dan Perkembangan UMNO[/button]
- Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan
- Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
- UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
- Perjuangan utama UMNO adalah :
- Menumbangkan MU
- Menyatupadukan orang Melayu
- Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
- Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
- Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
- Memajukan pendidikan orang Melayu
- Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
- Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar-bandar besar :
- Contoh :
- Jun 1946 – Di Kota Bharu, Kelantan
- Tahun 1948 – Di Pulau Pinang dan dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
- Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
- Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
- Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
- Tujuan – Sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
- Piagam ini mempunyai 5 bab
- Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Identiti UMNO[/button]
i) Logo UMNO
- Dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR
- Cogan kata “HIDUP MELAYU” dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
- Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
- Bulan Mac 1950 cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub
ii) Bendera UMNO
- Terdiri daripada warna :
- Merah – Keberanian
- Putih – Kesucian dan Keikhlasan
- Kuning – Lambang raja
- Hijau – Keris hijau lambang agama Islam dan tamadun Melayu
- Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
- Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
- Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948[/button]
- Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
- Tujuan menggantikan MU
- Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM[/button]
i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
- Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
- Tujuan menolak MU
- Mei 1946 Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
- Tujuannya menyampaikan pandangan menolak MU
- Jun 1946 – Rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
- Kesan :
- British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
- Raja-Raja Melayu dan UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi
ii. Rundingan Menubuhkan PTM
- Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
- Dianggotai pegawai kanan British, wakil Raja-Raja Melayu dan wakil UMNO
- Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
- Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya :
- Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur MU
- Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
- Mereka menolak kerakyatan jus soli
- Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
- Mendesak Raja-Raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
- Kesan rundingan :
- British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
- British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
- Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
- British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB
- Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
- Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk dan majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala Lumpur
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ciri-Ciri Utama Persekutuan Tanah Melayu 1948[/button]
- Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
- Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
- Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
- Syarat kerakyatan diperketatkan
- Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri-negeri Melayu kecuali Singapura
- Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan dan dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Perbezaan Antara Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu Dengan Malayan Union[/button]
Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pentadbiran
- PTB
- Raja-Raja Melayu
- Kuasa Peringkat Pusat
- Majlis Mesyuarat Eksekutif
- Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
- Majlis Raja-Raja Melayu
- Kuasa Peringkat Negeri
- Sultan
- Menteri Besar
- Majlis Mesyuarat Negeri
- Ketua Agama dan Adat
- Sultan Negeri
- Bahasa Pentadbiran
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Malayan Union
- Ketua Pentadbiran
- Gabenor British
- Kuasa Peringkat Pusat
- Parlimen British
- Kuasa Peringkat Negeri
- Pesuruhjaya Negeri-Negeri
- Majlis Mesyuarat Negeri
- Ketua Agama dan Adat
- Gabenor British
- Bahasa Pentadbiran
- Bahasa Inggeris
[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Perbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu Dengan Malayan Union[/button]
Persekutuan Tanah Melayu
A. Secara Kuatkuasa Undang-Undang
- Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja dan Rakyat British
- Pemohon yang lahir diluar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British
B. Secara Permohonan
- Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah dan bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu
- Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Malayan Union
A. Secara Kuatkuasa Undang-Undang
- Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura & Tanah Jajahan British yang lain
B. Secara Permohonan
- Pemohon yang tinggal selama 5 tahun daripada 7 tahun dari tarikh permohonan
- Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Persekutuan Tanah Melayu dan Malayan Union dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.