Lafaz Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Solat Jumaat Dengan Bacaan Rumi. Berikut adalah lafaz niat solat 5 waktu yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim dimana solat 5 waktu adalah Rukun Islam kedua. Niat solat hendaklah dilakukan sebelum memulakan sesuatu solat di mana Solat atau sembahyang dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Berikut dikongsikan Niat Solat 5 Waktu Dan Solat Jumaat untuk panduan umat Islam semua. Semoga ianya bermanfaat.
Solat fardhu wajib dikerjakan oleh orang Islam diantaranya kepada mereka yang telah akil baligh, berakal, suci dari haid dan nifas serta syarat wajib lain.
Bacaan Niat Solat 5 Waktu Beserta Bacaan Rumi
Berikut dikongsikan lafaz niat solat 5 waktu beserta bacaan dalam rumi. Solat fardhu sehari semalam yang wajib didirikan oleh orang Islam adalah Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Niat Solat Subuh
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
Niat Solat Zohor
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
Niat Solat Asar
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
Niat Solat Maghrib :
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
Niat Solat Isya’ :
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
Niat Solat Jumaat
Berikut dikongsikan juga niat Solat Jumaat yang wajib dikerjakan oleh umat Islam pada setiap hari Jumaat.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.
Video Lafaz Niat Solat Fardu Lima Waktu
Semoga panduan Niat Solat 5 Waktu waktu dan Jumaat ini bermanfaat buat semua.
SUMBER : Zakatsel & Panduan Malaysia