Lafza Niat Qadha Puasa Ramadhan. Berikut disertakan cara niat puasa ganti Ramadhan dalam rumi untuk panduan bersama. Waktu Qada’ Puasa Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Namun begitu, qada’ puasa yang dilakukan dalam masa yang dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya. Semoga Niat Ganti Puasa Ramadhan ini bermanfaat buat semua.
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Niat Puasa Ganti Ramadhan
Berikut adalah Niat Ganti Puasa Ramadhan dalam bahasa Arab dan rumi beserta maksudnya:-
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Doa Ketika Berbuka Puasa
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
<Islam Grid>
Niat Puasa Ramadhan
Dikongsikan juga niat puasa Ramadhan untuk panduan semua
-
Niat Puasa Bulan Ramadhan dan Niat Puasa sebulan
Semoga Niat Puasa Ganti Ramadhan ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin menqadakan puasa yang tertinggal.