Manfaat Berbelanja Secara Berhemah

Contoh Karangan Manfaat Berbelanja Secara Berhemah. Berikut dikongsikan contoh karangan PT3 bertajuk Manfaat Berbelanja Secara Berhemah. Adalah penting untuk kita berbelanja secara betul ketika keadaan ekonomi negara yang serba tidak menentu ini. Peperiksaan PT3 2016 akan diadakan pada bulan Oktober 2016.

Manfaat Berbelanja Secara Berhemah
Manfaat Berbelanja Secara Berhemah

Manfaat Berbelanja Secara Berhemah

Contoh Karangan 1

Pelajar dikehendaki menulis suatu karangan tidak kurang dari 350 patah perkataan. Isi-isi yang diberi boleh dirujuk sebagai panduan karangan anda. Walaubagaimanapun, pelajar digalakkan berfikir secara kreatif dan mengemukakan isi-isi baru yang lebih bernas.

Pendahuluan

  1. • Dewasa ini isu-isu kenaikan harga barangan keperluan semakin diperkatakan.
  2. • Kenaikan harga barangan keperluan ini mempunyai perkaitan dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding dengan penawaran sesetengah barangan keperluan yang terhad.
  3. • Hal ini demikian juga ada kaitan dengan peningkatan kos pengangkutan, cukai yang semakin naik dan musim perayaan.
  4. • Lebih membimbangkan lagi, sesetengah peniaga sengaja memanipulasi harga sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan pengguna.
  5. • Justeru, para pengguna sewajarnya bijak berbelanja dengan membeli barangan mengikut keperluan dan elakkan daripada sikap boros dan membazir.
  6. • Kita perlulah berbelanja dengan cara lebih berhemah.
  7. • Banyak manfaat apabila kita berbelanja secara berhemah.

Idea-Idea Penting

• Dapat menjimatkan wang perbelanjaan kita. Dalam konteks ini, kita hendaklah membuat perancangan teliti terlebih dahulu sebelum berbelanja. Kita perlulah berbelanja mengikut kemampuan dan membeli barangan yang perlu sahaja. Wang yang dapat dijimatkan boleh disimpan untuk perbelanjaan lain atau disimpan untuk keperluan masa depan. Sediakan payung sebelum hujan.
• Berbelanja secara berhemah dapat mengelakkan pembaziran. Membazir amalan syaitan. Perbuatan membazir merupakan perbuatan yang merugikan diri kita. Dalam hal ini, jika kita membeli makanan untuk makan tengah hari, kita hendaklah membeli mengikut keperluan, bukannya membeli mengikut nafsu dan keinginan semata-mata. Makanan yang dibeli secara berlebihan pasti akan dibuang, dan dengan ini berlakulah pembaziran.

Idea Penting Lain

• Berhemah ketika berbelanja juga dapat mengelakkan kita daripada dibelenggu oleh masalah hutang. Kebelakangan ini ramai dalam kalangan kita yang terperangkap oleh belenggu hutang kerana sikap buruk ketika berbelanja. Lebih parah lagi apabila kita menggunakan kad kredit tanpa had ketika berbelanja. 40 peratus eksekutif muda hari ini diisytiharkan bangkrap kerana gagal membayar hutang kad kredit. Kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan diri bukannya mengikut perasaan. Ukur baju di badan sendiri.
• Meningkatkan kecemerlangan dalam hidup juga merupakan manfaat berbelanja secara berhemah. Wang yang dapat dijimatkan ketika berbelanja dapat dijadikan modal perniagaan, membayar yuran pengajian dan lain-lain. Hal ini demikian semestinya akan membantu kita menjadi manusia yang lebih berjaya dalam hidup. Ada padi semua jadi, ada beras semua deras.

Penutup

• Kesimpulannya, amalan berbelanja secara berhemah banyak mendatangkan manfaat kepada kita. Amalan baik ini wajar menjadi budaya hidup masyarakat kita. Ibu bapa merupakan orang yang terawal menjadi teladan kepada anak-anak agar generasi masa depan lebih peka dan prihatin ketika berbelanja. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Contoh Karangan 2

Dalam ekonomi negara yang tidak menentu ini, kita wajar berbelanja secara berhemat dalam kehidupan. Tuliskan satu karangan tentang cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan.

Pengenalan

Masyarakat di negara kita antara yang suka boros berbelanja.

  • Suka membeli-belah terutama sewaktu diadakan jualan besar-besaran
  • Berbelanja tanpa had asalkan dapat memuaskan nafsu masing-masing
  • Amalan ini wajar dijauhi terutama ketika krisis ekonomi melanda negara

Isi-isi Penting

Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menjimatkan perbelanjaan seharian.

  • Mengamalkan sikap menabung wajar dicontohi
  • Kita tidak menghabiskan keseluruhan wang yang kita perolehi
  • Wang tabungan juga semakin bertambah dan boleh digunakan pada waktu kecemasan

Kita juga digalakkan memasak sendiri di rumah.

  • Kurangkan untuk makan di luar bersama keluarga
  • Perbelanjaan makan di luar sebenarnya agak tinggi seperti di Kentucky Fried Chicken (KFC)
  • Tidak baik untuk kesihatan kerana terdedah kepada kolestrol yang tinggi

Apabila berbelanja,belilah barangan yang perlu dan penting sahaja.

  • Buat senarai barangan yang ingin dibeli dari rumah
  • Dapat mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu
  • Berbelanja secara berhemat dan tidak boros dalam berbelanja

Masyarakat juga digalakkan supaya bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah

  • Menjimatkan perbelanjaan untuk membeli sayur-sayuran
  • Menanam pokok sayur, cili dan pelbagai lagi
  • Mudah ditanam dan diselenggarakan tanpa memerlukan modal yang tinggi

Menggunakan kenderaan awan untuk ke tempat kerja juga satu langkah yang bijak.

  • Dapat menjimatkan penggunaan petrol
  • Tambang pengangkutan awam jauh lebih murah berbanding kenderaan sendiri
  • Kos penyelenggaraan kenderaan sendiri juga dapat dikurangkan

Penutup

Berbelanja secara bijak mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara kita.

  • Perbelanjaan yang boros boleh menimbulkan masalah inflasi yang tinggi
  • Tabungan pula mestilah dipertingkat untuk mengelakkan kita daripada berbelanja secara
    terus-terusan
  • Amalan yang murni ini perlu dipraktikkan dan disemai sejak kecil kepada generasi muda

Kredit Andrewchoo dan Pusat Tuisyen Sarjana Andal