Senarai Stesen Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang. Fasa 1 MRT telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 15 Disember 2016. Sempena dengan bermulanya perkhidmatan Fasa Pertama MRT pada 16 Disember 2016, tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma akan diberikan selama sebulan bermula esok sehingga 16 Januari 2017. Perkhidmatan bagi fasa pertama akan melibatkan 12 stesen di antara Stesen Sungai Buloh dan Semantan. Kadar harga tambang yang bakal dikenakan akan dikongsikan dari masa kesemasa.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Senarai Stesen
Berikut adalah senarai stesen yang terdapat dalam laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Laluan Fasa 1 MRT adalah sepanjang 21 kilometer manakala Fasa Kedua sejauh 30 kilometer. Jumlah kesemua stesen adalah 31 buah dengan 12 stesen untuk Fasa 1 dan 19 untuk Fasa 2. Tujuh stesen merupakan stesen bawah tanah dan selebihnya sebanyak 24 stesen adalah stesen bertingkat.
[junkie-alert style=”green”] Projek Fasa 2 dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula dari 31 Julai 2017. [/junkie-alert]
[junkie-alert style=”green”] MRT boleh membawa 20,000 penumpang sehala atau 400,000 penumpang sehari. [/junkie-alert]
Nama Stesen Fasa 1 MRT
- Sungai Buloh
- Kampung Selamat
- Kwasa Damansara
- Kwasa Sentral
- Kota Damansara
- Surian
- Mutiara Damansara
- Bandar Utama
- Taman Tun Dr Ismail
- Phileo Damansara
- Pusat Bandar Damansara
- Semantan
Fasa 2 MRT
- Muzium Negara (KL Sentral)
- Pasar Seni
- Merdeka
- Bukit Bintang
- Tun Razak Exchange
- Cochrane
- Maluri
- Taman Pertama
- Tmn Midah
- Taman Mutiara
- Tmn Connaught
- Taman Suntex
- Sri Raya
- Bandar Tun Hussein Onn
- Batu 11 Cheras
- Bukit Dukung
- Sungai Jernih
- Stadium Kajang
- Kajang
Peta Laluan MRT
Kemudahan Di Stesen
Tempat letak kereta akan disediakan di stesen MRT tertentu. Semua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti eskalator, lif, pusat kihdmat pelanggan, mesin tiket, tandas, bilik solat dan telefon awam. Stesen-stesen juga akan mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan ramp, panduan sentuhan dan jalur-jalur amaran di sepanjang laluan pejalan kaki dan platform.
Semoga perkongsian Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang beserta Senarai nama Stesen ini bermanfaat buat semua. Semoga penduduk bandaraya KL dapat menikmati sistem pengangkutan awam yang moden dan maju ini dengan selesa.