Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Binaan Bersejarah

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang merupakan jenis pentaksiran “Pelbagai Instrumen” yang terdapat dalam peperiksaan PT3. Selain itu terdapat 2 pentaksiran lain dalam PT3 iaitu pentaksiran berdasarkan Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur).

Merujuk kepada Jadual Peperiksaan PT3, pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 berdasarkan pada tajuk yang akan diberikan kelak bermula dari 19 Jun hingga 1 Julai 2016.

kerja kursus sejarah pt3 2016
kerja kursus sejarah pt3 2016. Jadual LPM

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Berikut dikongsikan panduan dan rujukan dalam membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun ini yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 : Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan

tajuk kerja kursus sejarah pt3 2016
tajuk tugasan kerja kursus sejarah pt3 2016

Tugasan

Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut ;-

  • a) Tajuk Kajian – Cara membuat objektif, kaedah dan tajuk kajian
  • b) Nama Penulis
  • c) Isi Kandungan
  • Latar belakang bangunan/ binaan
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan
  • d) Rumusan
  • e) Menyenaraikan sumber rujukan – buku/ internet/ akhbar/ majalah

Untuk makluman, Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 adalah bertajuk Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895.

Definasi Bangunan Bersejarah

Merujuk kepada tafsiran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2006), bangunan bersejarah diklasifikasikan sebagai warisan ketara di bawah kategori statik yang terdiri daripada monumen dan bangunan bersejarah seperti istana, kubu, kota, makam, bangunan dan menara. Manakala kumpulan bangunan yang teletak dalam sesebuah bandar atau kota bersejarah diklasifikasikan sebagai warisan budaya di bawah kategori warisan budaya ketara. Jabatan Warisan Negara (2009b) mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambungan yang disebabkan seni binanya, kehomegenannya atau tempatnya dalam lanskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains.

Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sesebuah bangunan yang dapat memberikan kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya. Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu mampu bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata yang lain, sesebuah bangunan itu boleh digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ia mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial, politik, rohani dan simbolik. Selain kesan yang paling utama iaitu perasaan emosi terhadap simbol kepunyaan sesebuah budaya yang berterusan seterusnya menjadi sebahagian daripada warisan sesebuah negara. Sumber : Building Coversation

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Tajuk Kajian

Contoh : Bangunan Bersejarah Kota A’Famosa, Melaka

Nama Penulis

Nama Pelajar

Isi Kandungan

Meliputi penghargaan, objektif/ kaedah dan hasil kajian serta rumusan, lampiran dan bahan rujukan.

Objektif Kajian

Contoh :-

  • a) Kajian dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih dalam membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
  • b) Kajian dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia
  • c) Dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita.
  • d) Kajian juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara dan keperluan untuk memelihara bangunan bersejarah.

Kaedah Kajian

Antara contoh kaedah kajian adalah seperti berikut :-

  1. Melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melayari laman web seperti Wikipedia.
  2. Penyelidikan Di Perpustakaan. pusat sumber di sekolah.
  3. Sesi Temubual.
  4. Analisa Dokumen dengan membuat rujukan kepada buku-buku ilmiah dalam mengesahkan kesahihan fakta

Hasil Kajian

  • Pengenalan – Latar belakang bangunan/ binaan : Penerangan mengenai latar belakang bangunan yang dipilih seperti lokasi, tahun dibina dan siap, pereka dan sebagainya
  • Menerangkan struktur bangunan/ binaan : Jenis-jenis struktur yang terdapat di bangunan/ binaan, reka bentuk, pengaruh senibina, ketinggian,
  • Menghuraikan sebab bangunan/ binaan tersebut di bina : Senaraikan dan huraikan tujuan bangunan itu dibina. Contoh untuk kegunaan pejabat British, kubu pertahanan, memperingati peristiwa yang telah berlaku,
  • Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan juga pada masa dahulu

Rujuk senarai bangunan/ binaan bersejarah di Malaysia

  • Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan

Rujuk Langkah memelihara Bangunan/ Binaan bersejarah

  • d) Rumusan : Huraian kepentingan bangunan bersejarah kepada Malaysia
  • e) Menyenaraikan sumber rujukan – buku/ internet/ akhbar/ majalah menurut turutan

Panduan dan tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.