Kalendar Peperiksaan STPM 2017. Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan STPM 2017 (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jadual peperiksaan STPM ini memaparkan maklumat berkaitan jadual dan tarikh penting peperiksaan. Kalendar ini meliputi Jadual Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 serta peperiksaan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2.
Kalendar Peperiksaan STPM 2017
Untuk panduan calon STPM, berikut adalah kalendar peperiksaan STPM 2017 yang meliputi tarikh buka/ tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab.
1. STPM Penggal 1 2017
- 16 Jun hingga 15 Julai 2016 : Tarikh Pendaftaran
- 15, 16, 17 dan 21 November 2016 : Tarikh Peperiksaan Bertulis
2. STPM Penggal 2 2017
- 16 Jun hingga 15 Julai 2016 : Tarikh Pendaftaran
- 22, 23, 24 dan 25 Mei 2017 : Tarikh Peperiksaan Bertulis
3. STPM Penggal 3 2017
- 16 Jun hingga 15 Julai 2016 : Tarikh Pendaftaran
- 10, 11, 12, 16, 17 dan 18 Oktober 2017 : Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab
- 6, 7, 8, 9 dan 13 November 2017 : Tarikh Peperiksaan Bertulis
4. STPM Ulangan Penggal 1 2017
- 3 April hingga 15 Mei 2017 : Tarikh Pendaftaran
- 14, 15, 16, dan 20 November 2017 : Tarikh Peperiksaan Bertulis
5. STPM Ulangan Penggal 2 2017
- 3 hingga 16 Ogos 2017 : Tarikh Pendaftaran
- 21, 22, 23 dan 28 November 2017 : Tarikh Peperiksaan Bertulis
Nota
- Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
- Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2016 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di Nota di bawah ini :-
Sumber : MPM
Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-
- MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
- Tel: 03-6126 1600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: [email protected].
Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan STPM 2017 ini boleh dijadikan panduan dalam menghadapi peperiksaan. Tahniah kepada mereka yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2017.