Kalendar Peperiksaan MUET 2026 Tarikh Penting

Kalendar MUET 2026 Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Bertulis. Perhatian buat pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET tahun 2026. Kalendar Peperiksaan MUET 2026 beserta tarikh penting berkaitan maklumat tarikh pendaftaran dan ujian sudahpun dikeluarkan oleh MPM.

Jadual Peperiksaan MUET yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ini adalah edisi 3 november 2025. Sebarang perubahan akan dikongsikan dari masa kesemasa.

Kalendar Peperiksaan MUET 2026 Tarikh Pendaftaran Dan Ujian

Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan 3 kali ujian dalam setahun iaitu Sesi Mac/ April, Jun/ Julai dan Oktober/ November.

Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2026 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran di buka dan ditutup. Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis MUET. Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut bagi mengelakan terlepas sesi pendaftaran setiap sesi.

  • Calon dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET secara Online sebelum hadir meduduki peperiksaan. Rujuk SLIP MUET sebagai panduan.

Tarikh Penting MUET 2026

Sesi 1 2026

  • 15 Disember 2025 : Tarikh Registration dibuka
  • 25 Januari 2026 : Tarikh Tutup Registration
  • 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 25 April 2026: Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening)

Sesi 2 2026

  • 9 Mac 2026 : Tarikh Registration dibuka
  • 20 April 2026 : Tarikh Registration ditutup
  • 15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 27 Jun 2026 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 3 2026

  • 4 Ogos 2026 : Tarikh Registration dibuka
  • 4 September 2026 : Tarikh Tutup Registration
  • 6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 17 Oktober 2026: Tarikh Ujian Bertulis

 

* Kalendar Peperiksaan MUET 2026 ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada. Muat Turun atau Download jadual di MPM

Semoga Kalendar Peperiksaan MUET 2026 yang dikongsikan dari MPM ini bermanfaat kepada semua calon. Semoga anda semua berjaya mendapatkan keputusan lulus dengan cemerlang.