Kalendar Islam 2016 Malaysia Dan Tarikh Penting

Tarikh Penting 2016 Malaysia Dan Kalendar Islam. Berikut adalah Kalendar/ Takwim dan Tarikh Penting Islam untuk tahun 2016 Masehi/ 1437H – 1438 Hijrah. Moga Kalendar Islam 2016 ini bermanfaat kepada muslimin dan muslimat semua di Malaysia. Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan oleh umat Islam di kebanyakan negara dalam menentukan tarikh/ hari kebesaran Islam seperti Iskrak dan Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul. 

tarikh penting kalendar islam 2016
kalendar islam 2016

Kalendar Islam 2016 Malaysia

Tarikh Penting Dalam Islam 1437 & 1438 Hijrah Tahun 2016 Di Malaysia

Nota *  Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Takwim Islam adalah sebuah kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam adalah berlandaskan kepada pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

  • Sila muat turun Kalendar/ Takwim Hijri 1437H Di Islam.gov

Semoga Kalendar yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan buat semua umat Islam di Malaysia dalam mengetahui Tarikh Penting Islam tahun 2016.