Kadar Dividen KWSP 2018 EPF Terkini

Jumlah Dividen KWSP/ EPF Tahun 2018-2019. Bilakah tarikh pengumuman pengagihan kadar dividen KWSP tahun 2018? Berikut dikongsikan kadar jumlah dividen KWSP 2018 buat panduan para pencarum KWSP “Simpanan Hari Tua Anda”? Pastinya anda ingin tahu tarikh pengagihan dividen EPF untuk tahun 2018. Mengikut rekod tahun lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018 pada pertengahan bulan Februari atau Mac 2019.

Tahun ini, pengumuman telah dibuat pada hari Sabtu, 16 Februari 2019. Jumlah Bonus Tabung Haji 2018/ 2019 : Klik Hibah TH 2018

Kadar Dividen KWSP 2017
Kadar Pengagihan Dividen KWSP 2018

Jumlah Kadar Dividen KWSP 2018-2019 EPF Terkini

Ramai pencarum KWSP pasti mengharapkan kadar dividen EPF tahun 2018 ini tinggi dari tahun sebelumnya. Untuk makluman, kadar dividen ASB telah diumumkan pada 21 Disember 2018 dengan mencatatkan sedikit penurunan. Jumlah dividen/ bonus Tabung Haji pula dijangka diumumkan sekitar Februari 2019.

Tarikh Dan Jumlah Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2018

  • 16 Februari 2019

Kadar Bayaran Dividen KWSP/ EPF 2018-2019

  • 2018 : Simpanan Konvensional : 6.15% dan Simpanan Shariah : 5.9%
  • 2017 : Simpanan Konvensional : 6.9% dan Simpanan Shariah : 6.4%
  • Tahun 2016 adalah 5.70%

Jumlah Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Tahun 2015

Sebagai rujukan dan perbandingan, berikut adalah kadar pembayaran dividen KWSP dari tahun 2000 hingga 2015.

TAHUN KADAR DIVIDEN TAHUN KADAR DIVIDEN
2000 6 2008 4.5
2001 5 2009 5.65
2002 4.25 2010 5.8
2003 4.5 2011 6
2004 4.75 2012 6.15
2005 5 2013 6.35
2006 5.15 2014 6.75
2007 5.8 2015 6.40

Semakan  Baki EPF

Penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan selepas tarikh pengumuman dividen dibuat.

Cara Menghubungi KWSP

Maklumat mengenai pembayaran dividen 2018 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’ Anda juga boleh mengetahui tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home.

Adalah menjadi harapan agar jumlah dividen KWSP tahun 2018 yang diumumkan nanti memuaskan hati para pencarum.