Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2023. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU). Untuk makluman tarikh peperiksaan SPMU 2023 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (U) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Pendaftaran Calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan 2023, anda boleh berbuat demikian pada 4, 5 dan 6 September 2023.
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2023 (RASMI)
Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula dari 8 April hingga 6 Jun 2023 di Portal Rasmi LPM. Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun (September) dan sesi kedua pula pada bulan yang sama exam SPM diadakan.
Untuk pelajar calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada bulan Mac iaitu kelazimannya dari 8 April hingga 6 Jun 2023. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tarikh Peperiksaan SPMU 2023
Sesi Jun
- Ujian Bertutur dan Mendengar : 5 & 6 September 2023
- Ujian Bertulis : 4, 5 & 6 September 2023
Sesi November
- Maklumat lengkap peperiksaan sesi November selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut :-
- LP – November
Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPMU 2023
Nota Dan Arahan Peperiksaan
Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan :-
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
- Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.
- Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan.
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
- Calon dikenakan bayaran RM 30.00.
- Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Download Jadual
- Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dalam PDF akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia.
- Semakan keputusan SPMU pula boleh disemak sekitar bulan ?
Ogos2023 untuk sesi Jun manakala ?Mac2024 untuk bulan November.
Selamat menghadapi peperiksaan. Semoga jadual peperiksaan SPMU boleh dijadikan panduan dalam merancang ulangkaji mata pelajaran. Moga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.