Berikut dikongsikan Jadual Imunisasi Bayi KKM Terkini buat panduan kepada ibu bapa di Malaysia. Adalah diingatkan yang [junkie-hightlights color=”red”]”Imunisasi”[/junkie-hightlights] adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio.
Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.
Jadual Imunisasi Bayi KKM Terkini 2016
Jadual immunisasi baru bermula 2016 telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan ianya berbeza sedikit dari yang terdahulu.
Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan.
Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberikan pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
Soalan Lazim Imunisasi
[junkie-alert style=”green”] Anak saya sihat dan kuat. Mengapa dia perlu diberi imunisasi? [/junkie-alert]
Tidak dapat dipastikan anak yang sihat akan sentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan vaksin. Penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi, mereka akan terlindung dari penyakit cegahan vaksin.
[junkie-alert style=”green”] Berapa lamakah tempoh perlindungan yang diperoleh dari imunisasi? [/junkie-alert]
Tempoh perlindungan sesuatu vaksin berbeza-beza bergantung kepada jenis vaksin dan cara penghasilannya. Sesetengah vaksin memberi perlindungan sepanjang hayat, manakala terdapat vaksin yang boleh memberi perlindungan sehingga 30 tahun. Terdapat juga vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk memastikan perlindungan berterusan.
- Untuk soalan lazim berkaitan imunisasi, sila rujuk di FAQ Dalam PDF.
Kepada semua ibu bapa di Malaysia, perlu diingatkan yang semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap. Semoga Jadual Imunisasi Bayi KKM Terkini 2016 ini bermanfaat buat semua.
Sumber Facebook KKM