Senarai Harga Getah Terkini Malaysia Tahun 2017. Berapakah harga getah terkini di Malaysia? Berita baik buat penoreh dan pekebun getah di Malaysia. Pasaran getah telah menunjukkan peningkatannya apabila harga terkini getah pelbagai gred termasuk getah sekerap (skrap) telah naik semenjak beberapa bulan lalu. Harga getah SMR20 iaitu Standard Rubber Malaysia yang digunakan dalam pelbagai industri berasaskan getah, terutama pembuatan tayar kini mencatatkan harga sekitar RM9.50 sekilo pada pertengahan Januari 2017. Getah adalah sinonim dengan RISDA.
Harga Getah Terkini Malaysia 2017 SMR20
Berikut dikongsikan Harga Terkini Getah Malaysia 2017 SMR20 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM). Harga yang dipaparkan akan berubah dari hari ke hari mengikut pergerakan harga getah asli yang dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan pada pasaran antarabangsa. Untuk makluman, 3 negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah pengeluar getah asli utama dunia. Hampir 70 peratus pengeluaran getah di dunia digunakan untuk industri pembuatan tayar.
Semakan Harga Terkini Di Malaysia
Berikut adalah link semakan harga terkini getah harian di Malaysia.
- Klik LGM untuk melihat harga terkini getah fizikal harian dalam sen / kilogram
Contoh Pengiraan Harga Getah
Harga terkini getah di ladang diperolehi dengan cara menolak harga getah yang ditetapkan oleh LGM dengan diskaun diberikan kepada pengilang dan peraih. Ianya untuk memastikan pengilang dan peraih tetap menikmati keuntungan daripada perniagaan masing-masing. Manakala pekebun kecil juga turut menikmati harga yang lebih baik.
Contohnya, jika LGM menetapkan harga getah SMR 20 adalah RM6.10 sekilogram dan memberikan diskaun RM1.10 kepada pengilang dan peraih (pengilang mendapat 70 sen dan peraih mendapat 40 sen). Maka harga getah di ladang ialah RM5. Pekebun kecil bagaimanapun tidak akan mendapat RM5 sekilogram kerana ia harus mengambil kira aspek kandungan getah kering (KGK) bagi setiap kilogram getah beku yang dijual kepada peraih.
Lazimnya, getah beku yang dijemur satu atau dua hari mengandungi 50 peratus KGK yang harus ditolak. Oleh itu, pekebun kecil akan mendapat harga di ladang pada RM2.50 sekilogram. Diskaun berkenaan disediakan kepada pengilang kerana mereka mengeluarkan kos untuk memproses getah beku menjadi SMR 20. Manakala peraih terpaksa mengeluarkan kos penghantaran, Cara pengiraan kredit BH online
Selamat membuat semakan harga terkini getah di Malaysia. Semoga harga akan terus meningkat untuk memberikan pulangan yang terbaik kepada penoreh dan pekebun getah di Malaysia.