Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM Terkini

Merujuk kepada Laman Web SAPSNKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, berikut adalah Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM Terkini atau dikenali sebagai julat markah bagi peperiksaan dan ujian untuk Penentuan / Penetapan Gred bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penetapan Julat Markah dan Gred oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016. Untuk makluman, gred sistem pemarkahan terakhir sebelum ini adalah pada tahun 2015. 

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM Terkini

Semakan keputusan peperiksaan secara online melalui SAPS Ibu Bapa boleh di semak di SAPS. Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  • Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

Kami akan kongsikan juga gred pemarkahan peperiksaan untuk tahun 2015 sebagai rujukan dan sebagai perbandingan buat panduan pelajar/ ibu bapa.

Gred Markah Peperiksaan

1. JULAT GRED MARKAH SEKOLAH RENDAH (SR) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini untuk sekolah rendah meliputi pelajar Darjah 1 hingga 6 serta peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Gred Markah upsr 2016

[junkie-alert style=”yellow”] Gred Pemarkahan 2015 : Terdapat 2 sistem yang digunakan di Sekolah Rendah tahun 2015 iaitu seperti berikut:-

  1. Pelajar Darjah 6 yang masih menggunakan sistem pembelajaran lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan menggunapakai julat gred yang lama.

2. Manakala pelajar tahap dua (darjah 4 & 5) yang menggunakan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggunakan julat gred yang baru. [/junkie-alert]

 

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan sr 2015

2) JULAT GRED MARKAH MENENGAH RENDAH (MR) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini untuk menengah rendah melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 3 serta peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Gred Markah pt3 2016

[junkie-alert style=”yellow”] Gred Pemarkahan 2015 : Gred pencapaian MR 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2 & 3 tahun 2015. Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai. Tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL). [/junkie-alert]

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan mr 2015

3) JULAT GRED MARKAH MENENGAH ATAS (MA) 2016

Berikut adalah gred pemarkahan terkini untuk menengah atas melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan5 serta peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Gred Markah spm 2016

[junkie-alert style=”yellow”] Gred Pemarkahan Lama : Gred pencapaian MA 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 4 & 5 tahun 2015. [/junkie-alert]

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan ma 2015


Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Sekolah 2016 akan digunapakai untuk peperiksaan samada untuk ujian prestasi ataupun peperiksaan awal tahun, pertengahan tahun, percubaan dan akhir tahun.

Sumber : Idea Berita