Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah. Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah akan jatuh pada hari Ahad, 2 Oktober 2016 yang merupakan hari cuti umum. Sempena dengan kedatangan Tahun baru Islam 1438 Hijrah atau Awal Muharram, berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan buat umat Islam semua. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”.
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
Amalan yang biasa dilakukan sewaktu menyanbut ketibaan bulan Muharram adalah membaca doa akhir dan awal tahun. Berikut dikongsikan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Islam 1438 Hijrah.
- Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang Sabtu, 1 Oktober 2016)
- Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (Waktu Maghrib Sabtu, 1 Oktober 2016)
Doa Akhir Tahun
[junkie-alert style=”green”] Ianya dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. [/junkie-alert]
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
- “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun
[junkie-alert style=”green”] Sementara itu, Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. [/junkie-alert]Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-
- “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”
Sumber doa : Al-Azim
Bacaan doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah satu perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. Salam Maal Hijrah buat umat Islam semua.