Contoh Surat Permohonan Latihan Industri Praktikal

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri Praktikal. Apa itu Latihan industri? Juga dikenali sebagai latihan praktikal adalah satu satu syarat yang diwajibkan oleh setiap pelajar sebelum melengkapkan pengajian mereka di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).  Latihan Industri mengikut tempoh tertentu adalah merupakan satu pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Buat mereka yang masih mecari Contoh Surat Permohonan Praktikal, anda boleh merujuk kepada Contoh Surat Permohonan Latihan Industri yang dikongsikan di bawah ini.

  • Contoh resume terbaik pelbagai bidang pekerjaan, klik TIP RESUME

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri Praktikal

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri/ Praktikal

Pada kebiasaannya, pelajar akan menjalani latihan praktikal di syarikat yang berkaitan dengan bidang pengajian pelajar. Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan didedahkan kepada perkara yang berkaitan dengan kursus yang diambil di IPT.

Berikut dikongsikan contoh surat permohonan latihan industri atau praktikal buat rujukan pelajar yang memerlukannya.

Contoh Surat Rasmi Praktikal 1

SURAYA BT ABDUL RAHMAN
(NO.PEND: 01DKP10F0000)
No. 1, Lebuh Taman Jati 1
Gerbang Meru Indah
30020 Ipoh, Perak.

Tarikh:    15 Julai 2015

Pengurus
ABC Enterprise
Lot 123, Pusat Perniagaan Greentown
31450 Ipoh, Perak.
(U/P: NAMA PEGAWAI BERKENAAN)

Tuan,

Memohon Tempat Bagi Program Latihan Industri Pelajar Politeknik Ungku Omar Sesi Disember 2015 (Tempoh Latihan dari 19 DISEMBER 2015 – 02 MAC 2016)

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita  dimaklumkan bahawa  saya;

Nama :
No K/P :
No Pendaftaran :
Program :

adalah seorang pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO).

2. Saya dikehendaki menjalani latihan industri selama tempoh di atas sebagai salah satu syarat wajib bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Untuk makluman tuan, semua pelajar  PUO dilindungi insuran kemalangan diri sepanjang tempoh latihan industri.

3. Sehubungan itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menjalani latihan industri di firma tuan. Pihak tuan boleh meneliti resume yang disertakan bersama surat ini bagi tujuan rujukan.

4. Sekiranya pihak tuan bersetuju menerima saya menjalani latihan Industri ditempat tuan,  sila isikan Borang Jawapan Organisasi Latihan dan Skop Kerja yang dilampirkan dan mohon dihantar semula Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Ungku Omar sebelum tarikh yang tercatat pada Borang Jawapan Organisasi Latihan. Sekiranya pihak tuan tidak memberi maklumbalas dalam tempoh tersebut, permohonan ini dianggap terbatal. Sebarang bertanyaan boleh dikemukakan ke Unit Perhubungan Dan Latihan Industri Politeknik Ungku Omar di talian 05-5457622 (samb. 1158).  Surat penempatan rasmi akan dihantar  oleh pihak POLITEKNIK sebelum saya melaporkan diri di firma tuan bagi tujuan pengesahan.

Kerjasama dan pertimbangan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang  benar,

……………………………………..
(ALYA NAJWA BT AHMAD)

SUMBER – PUO

Contoh 2

5 Julai 2016
Jabatan
Tingkat
Bangunan
Jalan
Negeri

Tuan/Puan

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM (NAMA PROGRAM ANDA) (NAMA UNIVERSITI ANDA), (NEGERI)

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa para pelajar program (SAMA SEPERTI TAJUK) adalah diwajibkan untuk menjalani latihan praktikal selama 12 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada industri sebenar dan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam industri ini.

2. Sebagai sebuah organisasi yang telah lama bergiat dan berjaya didalam bidang sains dan teknologi, kami percaya organisasi tuan dapat memberikan latihan yang baik kepada pelajar dari program tersebut di atas. Sehubungan itu sukacitalah kiranya satu orang (1) pelajar dapat ditempatkan di makmal penyelidikan organisasi tuan mulai dari “0” Disember 0000 hingga “0” Febuari 0000. Senarai nama pelajar yang dicadangkan untuk ditempatkan di syarikat tuan adalah seperti di bawah:

  • Nama :
  • No. Kad Pengenalan:
  • No. Pendaftaran:

3. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pelajar tersebut dapat diberikan kemudahan tempat tinggal di tempat latihan praktikal yang telah disediakan oleh pihak tuan.

4. Bagi memudahkan urusan penempatan pelajar, diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin dengan mengisi BORANG JAWAPAN yang dilampirkan dan faks/pos ke alamat yang tertera. Adalah diharapkan pihak tuan dapat memberikan pertimbangan dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Sekian, segala perhatian dan pertimbangan yang tuan berikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar

Semoga Contoh Surat Permohonan Latihan Industri Praktikal yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu anda dalam membuat permohonan latihan praktikal di syarikat yang berkaitan.