Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berikut dikongikan panduan lengkap Cara Solat Tarawih. Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Waktu solat Tarawih di lakukan selepas menunaikan sembahyang Isyak. Setelah selesai Solat Tarawih, kemudian dikerjakan solat sunat Witir. Solat tarawih dan witir boleh dilakukan secara berjemaah ataupun bersendirian.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)
Panduan Lengkap Cara Solat Tarawih Dan Witir
Di sini merupakan sedikit perkongsian asas mengenai cara solat sunat tarawih dari segi latar belakang dan panduan cara-cara menunaikan solat sunat tarawih. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.
Muat turun dalam PDF di Panduan Solat Sunat Tarawih
Niat Puasa Ramadhan
Dikongsikan juga niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa :-
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.