Cara Menukar Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah KWSP. Bagaimanakah cara-cara untuk mendaftar simpanan Shariah KWSP (EPF) buat pencarum yang ingin memilih opsyen ini? Untuk makluman dan selaras dengan kehendak orang ramai, simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah akan diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bermula 1 Januari 2017. Semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang sendiri ke pejabat KWSP dengan membawa dokumen yang diperlukan untuk mendaftar Simpanan Shariah bermula dari 8 Ogos 2016. Maklumat lanjut Cara Daftar Simpanan Shariah KWSP boleh dirujuk di bawah ini.
Cara Daftar Simpanan Shariah KWSP
Senagai panduan, berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran atau pendaftaran dari Simpanan konvensional KWSP ke simpanan Shariah:-
- Dana awal adalah RM100 billion
- Pendaftaran adalah berdasarkan “Siapa cepat dia dapat”. Kepada mereka yang ingin memlih opsyen sila hadir secepat mungkin ke pejabat KWSP
- Tarikh pendaftaran adalah dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana
- Ahli KWSP perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan di mana ahli perlu menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
- Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
Keputusan Permohonan Pertukaran
Semakan keputusan permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
- Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa
Siapa Yang Layak ?
- Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.
- Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS).
- Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah
Dikongsikan dari Facebook Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, berikut adalah hukum menukar simpanan KWSP dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.
- Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.
Jadi amatlah jelas, dengan dana awal hanya RM100 billion, marilah kita sama-sama menukar simpanan KWSP ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana. Jika habis, kita perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
Sumber : KWSP Shariah