Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang

SelainContoh Karangan UPSR Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang. Berikut dikongsikan contoh karangan syarahan bertajik Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang. Semoga contoh ini dapat dijadikan panduan buat pelajar dalam menghasilkan karangan yang terbaik. Peperiksaan UPSR 2016 akan diadakan pada September nanti manakala tarikh peperiksaan awam lain termasuk PT3, STAM dan SPM 2016 boleh dirujuk di Tarikh Periksa.

Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang
Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang

Contoh Karangan Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara menjadi murid cemerlang.”

Hadirin sekalian, 
Membaca adalah kunci kejayaan. Semua orang perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalah membaca memberikan faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedarinya atau tidak. Membaca dapat diibaratkan sebagai nadi ilmu kerana membaca ialah jambatan ilmu. 

Selain itu, kita juga perlu kurangkan bermain permainan komputer dan menonton televisyen merupakan alat media hiburan dan penyebar maklumat yang termasyhur. Apabila kanak-kanak terlalu ayik dan seronok menonton rancangan hiburan tanpa kawalan, minda mereka akan terganggu. Kemudian, penyiaran filem berunsur fantasi dan keganasan juga telah banyak mempengaruhi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang telah bersekolah, mereka tidak mengulang kaji pelajaran, mengabaikan pelajaran dan gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mereka. 

Bukan murid-murid sahaja yang perlu berusaha untuk menjadi murid cemerlang, malah ibu dan bapa juga perlu berusaha supaya anaknya berjaya. Ibu dan bapa yang bertanggungjawab perlu memberikan sokongan dan membawa kita ke kedai buku sekurang-kurangnya sebulan sekali. Mereka juga perlu mengajar kita mata pelajaran yang kita lemah. 

Di samping itu, kita boleh berdoa pada Tuhan yang Maha Esa. Bukan itu sahaja,kita mestilah berdidiplin di sekolah. Kita hendaklah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kita. Kita juga mestilah menegur murid-murid lain yang kurang berdisiplin. 

Selain itu, kita haruslah menghadiri sinar motivasi atau pergi kelas tuisyen. Pelajar terpaksa berkorban masa untuk menjadi murid cemerlang. Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas. Perlu perlu menyediakan jadual agar rutin harian kita teratur. Belajar bersama-sama juga adalah satu cara untuk menjadi murid cemerlang. 

Konklusinya, kita perlu berusaha untuk menjadi murid cemerlang kerana usaha ialah yangga kejayaan.Sampai di sini sahaja syarahan saya. 

Sekian terima kasih.

Kredit UPSR.net

2. Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

kredit : Highskor