Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN. Berikut adalah panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA. Untuk makluman penting seperti tarikh buka dan tutup pembelian, sila rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN. Tarikh pembelian Pin Unik UPU sesi 2017/2018 adalah pada 6 Februari 2017 dan tarikh tutup pada 4 April 2017. Senarai kategori permohonan UPU pula boleh dirujuk di Laman Web UPU.
Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN
Berikut dikongsikan 3 cara atau langkah untuk membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-
1. Kaunter BSN
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.
Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.
2. ATM ( Automated Teller Machine )
- Masukkan Kad dan No Pin
- Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
- Klik Jenis Permohonan – ‘IPTA’
- Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
- ‘YA’untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat
- Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
- Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
3. SMS Banking
Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.
Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-
- Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
- Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
- Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
- Masukkan No. Telefon Bimbit
- Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
- SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Jenis Pembelian PIN
- Permohonan UPU.
- Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
- Melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
- Melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
- Permohonan Pinjaman PTPTN.
Senarai pembelian No PIN Unik di BSN boleh dirujuk di BSN.
Semoga panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (UA) yang disebutkan di atas.
Sumber : Panduan Malaysia