Borang Permohonan PPA1M Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Berita baik buat kakitangan kerajaan/ awam serta badan berkanun yang ingin memiliki rumah sendiri. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan PPAIM online terkini beserta maklumat penting berkaitan permohonan projek perumahan terkini. Permohonan terbuka kepada mereka yang berminat dan berkelayakan. Juga dikongsikan cara mendaftar, borang permohonan dan syarat kelayakan serta senarai projek PPA1M terkini.
Permohonan PPA1M Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Untuk makluman, PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 susulan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013. Jemaah Menteri bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah. Ianya khusus di bandar-bandar utama.
Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah dibuka untuk permohonan kepada semua penjawat awam di semua perkhidmatan seperti berikut:
- a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
- b. Perkhidmatan Awam Negeri
- c. Badan Berkanun Persekutuan
- d. Badan Berkanun Negeri
- e. Pihak Berkuasa Tempatan
Pada 1 Oktober 2014, Unit PPA1M, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPA1M. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPA1M, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
[junkie-alert style=”yellow”] Syarat kelayakan pendapatan maksima untuk permohonan juga telah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000 sebulan bagi pendapatan kasar suami, isteri atau isirumah. [/junkie-alert]
Borang PPA1M Online Dan Syarat Permohonan
Permohonan online terkini adalah permohonan PPA1M Putrajaya Fasa 3. Ianya dibuka bermula pada jam 12.00 tengahari, 01 November 2016 (Selasa) sehingga jam 12.00 tengah malam, 30 November 2016 (Rabu).
Cara Buat Permohonan PPA1M Online
- Pemohon baru perlu mendaftar di Daftar Akaun Baru
- Kata Nama dan Kata Laluan akan dihantar ke email selepas mendaftar. Pemohon perlu Login ke Borang Permohonan
Maklumat Penting
- Soalan Lazim (FAQ) PPA1M
- Kalkulator Pengiraan Kelayakan Bayaran Balik Pinjaman Pertama
- Senarai Projek PPA1M
Syarat Kelayakan Permohonan
Permohonan hanya terbuka kepada anggota :-
- Perkhidmatan Awam Persekutuan
- Perkhidmatan Awam Negeri
- Badan Berkanun Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
- Pihak Berkuasa Tempatan
Syarat-syarat lain termasuk :-
- Keutaman kepada gaji pokok bulanan pemohon dibawah RM10,000 (Contohnya sekiranya kedua-dua dari pasangan adalah penjawat awam, maka hanya gaji pokok pemohon sahaj yang diambil kira
- Keutamaan kepada yang bekerja di kawasan berdekatan dengan lokasi rumah PPA1M yang dibina
- Penjawat Awam yang telah berpencen dan kontrak adalah layak memohon
Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa. Namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaj bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya) - Moratorium selam 10 tahun akan dikenakan dimana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/ isteri atau anak-anak
- Pemohon tidak diisytiharkan muflis
- Permohonan PPA1M adalah dibuka sepanjang masa dan tempoh sah permohonan adalah 2 tahun
Cara Hubungi PPA1M
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi PPA1M di alamat dan talian di bawah ini :-
Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: [email protected]
Jom apa lagi. Marilah kita sama-sama membuat Permohonan PPA1M Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini.