Tema Maal Hijrah 2018/ 1440 Hijrah

Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 1440H/ Tahun 2018. Apakah tema dan bilakah tarikh Maal Hijrah 2018 bersamaan dengan tahun Hijrah 1440? Menyantuni Ummat Membawa Berkat adalah tema Maal Hijrah 2018/ 1440H. Tarikh Maal Hijrah/ Awal Muharram (1 Muharram 1440H) adalah pada hari Selasa, 11 September 2018 yang merupakan cuti umum/ cuti sekolah kepada rakyat Malaysia.

Tema Maal Hijrah 2018/ 1440H

Berikut adalah maklumat berkaitan sambutan Maal Hijrah 2018 bersamaan dengan 1440 Hijrah di Malaysia :-

  • Tema : Menyantuni Ummat Membawa Berkat
  • Hari : Selasa, 11 September 2018
  • Lokasi : Sambutan Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan

Tema “Menyantuni Ummat Membawa Berkat” yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibbah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara.

Tema Maal Hijrah

Tema Maal Hijrah Sebelum Ini

Untuk panduan, berikut adalah tema Maal Hijrah sebelum ini  dari tahun 2013 hingga 2017:-

  • “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” : Tahun 2017
  • “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” : Tahun 2016
  • “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” : Tahun 2015
  • “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” : Tahun 2014
  • ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ : Tahun 2013

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Sempena dengan kedatangan tahun baru Islam 1439 Hijrah atau Awal Muharram, berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan kepada umat Islam semua.

  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Untuk umat Islam semua, Salam Maal Hijrah 2018 / 1440H dengan tema “Menyantuni Ummat Membawa Berkat”.