Tema Hari Guru Tahun 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tema 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Apakah tema Hari Guru Tahun 2018? Tahun lepas temanya adalah Tema Guru Pembina Bangsa Negara. Ianya juga merupakan tema yang sama untuk tahun 2016. Tema hari Guru tahun 2018 adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Sambutan Hari Guru tahun 2018 adalah edisi ke 47 peringkat kebangsaan. Pelancaran Perayaan Hari Guru tahun 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Berikut dikongsikan maklumat tema termasuk huraian dan maksud serta video lagu Tema Guru Pembina Bangsa Negara.

Tema Hari Guru Tahun 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Senarai Tema Hari Guru

Berikut adalah senarai tema hari guru dari tahun 2000 hingga sekarang :-

Tahun 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2016/ 2017   Guru Pembina Negara Bangsa

2015   Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010   Guru Pembina Negara Bangsa

2009   Guru Pembina Negara Bangsa

2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Hari Guru Tahun 2017

Berikut adalah huraian tema Guru Pembina Bangsa Negara :-

tema 1

tema 2

tema 3

Objektif Hari Guru Malaysia

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),  pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Sumber : KPM

Lagu Tema Hari Guru 2016/ 2017

Berikut adalah lagu tema hari guru 2016 bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Jom layan video menarik ini.

Selamat menyambut Hari Guru tahun 2018 dengan tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.